Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Geosains
| ;#Geosains;#
No. Soalan : 55
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib [ Tenggara ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan perkembangan terkini penubuhan Pusat Bencana Geologi Negara (PBGN) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri dan bagaimana PBGN dapat memperkukuh pencegahan dan kesiapsiagaan negara dalam mendepani bencana geologi gempa bumi serta bencana alam lain rentetan siri kejadian gempa bumi yang berlaku sebelum ini.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| ;#Perubahan Iklim;#
No. Soalan : 47
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad [ Simpang Renggam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan respon Kementerian terhadap peningkatan momentum decarbonization global terutamanya untuk mempercepat adaptasi teknologi tenaga bersih dan mengurangkan emisi negara selaras trend dunia.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| ;#Alam Sekitar;#
No. Soalan : 37
Puan Yeo Bee Yin [ Puchong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan berapakah jumlah e-waste yang dikutip setiap tahun. Apakah terjadi dengan e-waste yang tidak dikutip:
apakah jumlah kapasiti pemprosesan fasiliti Full dan Partial Recovery. Berapakah sisa berjadual yang dihasilkan oleh fasiliti-fasiliti ini; dan
jelaskan jurang besar antara e-waste dikutip dengan kapasiti pemprosesan. Adakah pengimportan e-waste berlaku?
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| ;#Perubahan Iklim;#
No. Soalan : 35
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [ Setiawangsa ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan hala tuju semasa Pelan Adaptasi Kebangsaan (MyNAP) berikutan banjir risiko cuaca ekstrem seperti Ribut Tropika Senyar, termasuk garis masa pelaksanaan, strategi penglibatan pihak berkepentingan serta tahap peruntukan dan keutamaan perbelanjaan Kerajaan bagi pelaksanaan MyNAP.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Mineral
| ;#Mineral;#
No. Soalan : 32
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :
langkah Majlis Mineral Negara (MMN) untuk menyelaraskan dasar dan tadbir urus perlombongan mineral strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri; dan
bagaimana MMN memastikan sebarang perjanjian antarabangsa termasuk Perjanjian ART tidak menjejaskan hak negeri dalam pengurusan mineral dan kelestarian alam sekitar.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : BiodiversitiPERHILITAN
| ;#Biodiversiti;#PERHILITAN;#
No. Soalan : 13
Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [ Pekan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah langkah proaktif Kerajaan dalam menangani ancaman kehilangan habitat hidupan liar terutamanya akibat pembangunan pesat dan perubahan iklim. Bagaimana Kerajaan memastikan program pemuliharaan dan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan secara efektif untuk memastikan keseimbangan ekosistem dan kelangsungan spesies terancam.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Tanah
| ;#Tanah;#
No. Soalan : 1
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran [ Batu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kementerian akan membenarkan jalan raya yang dibina atas tanah milik Kerajaan dijual atau diserahkan kepada pihak swasta, dan apakah mekanisme untuk memastikan kepentingan rakyat iaitu akses awam tidak disekat.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Tanah
| ;#Tanah;#
No. Soalan : 67
Tuan Syahredzan bin Johan [ Bangi ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan senarai pangsapuri dan bilangan petak terlibat yang masih tidak mempunyai hakmilik strata individu di kawasan Parlimen Bangi atas sebab kegagalan pihak pemaju membuat permohonan serta intervensi yang dapat dilakukan oleh Kementerian dengan kerjasama pihak-pihak berkuasa negeri untuk membantu para pemilik.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perhutanan
| ;#Perhutanan;#
No. Soalan : 46
Tuan Wan Razali bin Wan Nor [ Kuantan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan bagaimanakah mekanisme penyelarasan antara kementerian dengan Kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri dalam menangani pencerobohan hutan.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Ukur dan Pemetaan
| ;#Ukur dan Pemetaan;#
No. Soalan : 44
Puan Hajah Rodziah binti Ismail [ Ampang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan bilangan pelan geomatik yang telah didepositkan di JUPEM sepertimana tuntutan Seksyen 14(2) Akta 458: Akta Juruukur Tanah Berlesen semenjak pindaan pada tahun 2024 sehingga Disember 2025 serta siapa yang meluluskan pelan geomatik ini dan peruntukan seksyen mana kelulusan ini diberi.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| ;#Perubahan Iklim;#
No. Soalan : 43
Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :
adakah Kerajaan akan mewajibkan FCC mengemukakan laporan impak tahunan yang diaudit pihak ketiga bebas termasuk data terperinci keluasan hektar hutan dilindungi, pengurangan emisi yang disahkan secara terbuka serta manfaat sosioekonomi komuniti setempat; dan
tindakan yang dikenakan jika prestasi gagal.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| ;#Alam Sekitar;#
No. Soalan : 31
Dr. Hajah Halimah Ali [ Kapar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN menyatakan langkah pemulihan segera berhubung pencemaran di Sungai Puluh, Rantau Panjang serta sungai-sungai sekitar Pelabuhan Klang yang berpunca daripada pelepasan sisa dan aktiviti di kawasan pusat penetasan dan semaian ikan yang kini menjejaskan ekosistem sungai dan merosotkan hasil tangkapan para nelayan setempat.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| ;#Perubahan Iklim;#
No. Soalan : 30
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad [ Simpang Renggam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menerbitkan laporan tahunan prestasi DPIN 2.0 kepada Parlimen bagi memastikan sasaran pelepasan sifar bersih 2050 kekal di landasan.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : BiodiversitiPERHILITAN
| ;#Biodiversiti;#PERHILITAN;#
No. Soalan : 26
Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [ Pekan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan populasi harimau semakin terjejas akibat kematian harimau yang disebabkan oleh roadkill, pengecilan habitat, pemburuan haram dan sebagainya. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan bagi memulihara spesies ini untuk generasi akan datang.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perhutanan
| ;#Perhutanan;#
No. Soalan : 18
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [ Hulu Selangor ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan tindakan Kerajaan bagi memastikan sasaran mengekalkan 50% litupan hutan negara tidak terjejas akibat penyahwartaan kawasan hutan oleh Kerajaan Negeri serta perancangan Kementerian dalam memperkenalkan dasar nasional yang lebih tegas seperti prinsip No Net Loss of Forest.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : BiodiversitiPERHILITAN
| ;#Biodiversiti;#PERHILITAN;#
No. Soalan : 14
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim [ Gua Musang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah mekanisma Kementerian bagi menangani masalah ancaman gajah liar yang berterusan kepada pekebun-pekebun kecil yang mengusahakan tanaman kelapa sawit di kawasan Gua Musang.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : BiodiversitiPERHILITAN
| ;#Biodiversiti;#PERHILITAN;#
No. Soalan : 10
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :
apakah strategi tuntas PERHILITAN dalam menangani serangan kera dan monyet yang semakin di luar kawalan; dan
adakah Kementerian akan memberikan kelonggaran kepada pihak tertentu bagi melupuskannya.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| ;#Alam Sekitar;#
No. Soalan : 50
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [ Merbok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan jumlah sungai yang diklasifikasikan sebagai tercemar dan kritikal setakat ini dan apakah sasaran pemulihan yang dicapai di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dan mengapakah insiden pencemaran sungai masih berulang di lokasi yang sama walaupun tindakan penguatkuasaan telah diambil sebelum ini.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Geosains
| ;#Geosains;#
No. Soalan : 39
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah kesan terhadap permukaan struktur muka bumi Malaysia bagi jangka masa panjang susulan insiden kejadian gempa bumi ini dan apakah status risiko kemungkinan kekerapan insiden gempa bumi boleh berlaku di Malaysia dalam tempoh sepuluh tahun akan datang.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| ;#Alam Sekitar;#
No. Soalan : 16
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [ Setiawangsa ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan:
pendirian terkini Kerajaan di dalam rundingan Perjanjian Plastik Global (Global Plastic Treaty); dan
status pemakaian dan pelaksanaan larangan penggunaan beg plastik sekali guna di premis tetap, hutan simpan, taman warisan dan taman laut di seluruh negara di setiap negeri.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perhutanan
| ;#Perhutanan;#
No. Soalan : 12
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib [ Tenggara ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kerajaan bersedia meminda peraturan berkaitan penggunaan tanah di Hutan Simpan Kekal (HSK) bagi membolehkan aktiviti perlombongan secara terkawal dan lestari dijalankan sekaligus mengelakkan perlombongan haram yang memudaratkan alam sekitar.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Mineral
| ;#Mineral;#
No. Soalan : 7
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden [ Alor Setar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sejauh mana perbincangan strategik dua hala di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan-kerajaan Negeri dilaksanakan bagi memastikan pembangunan industri mineral khususnya Rare Earth Element (REE) dapat dilakukan berpandukan kepada semangat federalisme.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Mineral
| ;#Mineral;#
No. Soalan : 69
Tuan Chow Kon Yeow [ Batu Kawan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan arah tuju industri Unsur Nadir Bumi (REE) negara dan jelaskan juga :
bagaimanakah kerangka penglibatan negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam perkara ini; dan
perincikan penemuan-penemuan baharu mengikut pecahan negeri sumber REE dalam tempoh lima tahun ini.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Tanah
| ;#Tanah;#
No. Soalan : 61
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [ Mersing ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan pendirian Kementerian terhadap Pentadbir Tanah Negeri yang enggan mendaftarkan perintah Mahkamah Syariah berkaitan urusan tanah di bawah Kanun Tanah Negara, sedangkan perintah tersebut sah dan berkuatkuasa, serta langkah untuk menyeragamkan pelaksanaan perintah Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| ;#Perubahan Iklim;#
No. Soalan : 50
Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah penilaian terkini Kerajaan terhadap risiko cuaca melampau kepada Malaysia dalam tempoh 5 - 10 tahun akan datang, khususnya terhadap kesihatan awam, keselamatan makanan dan ekonomi negara.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Geosains
| ;#Geosains;#
No. Soalan : 49
Puan Hajah Rodziah binti Ismail [ Ampang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan hala tuju dan strategi memantapkan pembangunan dan penggunaan teknologi pintar untuk memastikan pengurusan, pemantauan dan penyelenggaraan sumber air bawah tanah secara selamat, mampan dan melibatkan komuniti terutama di kawasan pedalaman, terpencil atau berbekalkan sumber air minuman terhad.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| ;#Perubahan Iklim;#
No. Soalan : 29
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob [ Bera ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan hala tuju dan status semasa penggubalan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara, termasuk tempoh jangkaan pembentangan dan pelaksanaannya serta bagaimana RUU ini akan memastikan Malaysia mempunyai kerangka undang-undang yang jelas dan berperingkat untuk melindungi rakyat daripada risiko perubahan iklim serta menyokong pertumbuhan ekonomi.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| ;#Alam Sekitar;#
No. Soalan : 27
Tuan Fathul Huzir bin Ayob [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah tindakan segera dan pelan jangka panjang Kementerian bagi menangani isu pencemaran sungai di kawasan Parlimen Gerik yang dipercayai berpunca daripada aktiviti perlombongan sehingga menjejaskan kualiti air, keselamatan dan kesihatan penduduk.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : BiodiversitiPERHILITAN
| ;#Biodiversiti;#PERHILITAN;#
No. Soalan : 19
Tuan Nurul Amin bin Hamid [ Padang Terap ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah permohonan membina Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) di Pedu Padang Terap sepanjang 4 km akan dipertimbangkan oleh pihak Kementerian susulan daripada peningkatan gangguan gajar liar di kawasan tersebut.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| ;#Perubahan Iklim;#
No. Soalan : 11
Kapten Azahari bin Hasan [ Padang Rengas ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sejauh manakah tahap pencapaian Malaysia terhadap komitmen antarabangsa berkaitan perubahan iklim dan kelestarian alam sekitar serta strategi negara dalam memastikan keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan tanggungjawab global.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Geosains
| ;#Geosains;#
No. Soalan : 4
Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kerajaan akan melaksanakan pemetaan menyeluruh perladangan monokultur mengikut kecerunan di seluruh negara bagi menilai risiko banjir lumpur dan tanah runtuh serta melindungi kawasan tadahan kritikal, mengambil iktibar tragedi Sumatera Barat November 2025.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| ;#Perubahan Iklim;#
No. Soalan : 33
Tuan Wong Chen [ Subang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan perkembangan terkini dan garis masa yang dirancang untuk penggubalan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Tanah
| ;#Tanah;#
No. Soalan : 32
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan pecahan keluasan terkini Tanah Rizab Melayu (TRM) mengikut negeri termasuk perubahan keluasan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini serta langkah Kerajaan bagi memastikan pemeliharaan dan perlindungan status Tanah Rizab Melayu secara berterusan.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Tanah
| ;#Tanah;#
No. Soalan : 28
Dr. Siti Mastura binti Muhammad [ Kepala Batas ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :
jumlah harta pusaka kecil yang tidak dituntut setakat ini mengikut jantina, kaum dan negeri berdasarkan rekod Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan dan agensi berkaitan; dan
mekanisme Kerajaan untuk mempercepatkan pengagihan kepada waris yang sah.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| ;#Perubahan Iklim;#
No. Soalan : 26
Datuk Ali anak Biju [ Saratok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan pendirian Kerajaan Persekutuan terhadap perkembangan industri Carbon Trading Sarawak. Adakah Putrajaya memudahcara atau mengenakan sekatan/cukai tambahan yang boleh menjejaskan ekonomi hijau wilayah Sarawak.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Mineral
| ;#Mineral;#
No. Soalan : 24
Tuan Riduan bin Rubin [ Tenom ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah strategi Kementerian untuk mengembangkan model perniagaan industri ion-adsorption clay rare earth di Malaysia, termasuk pembangunan rantaian nilai dari aspek penerokaan, teknologi pengeluaran, pemprosesan hiliran, pelaburan asing, pemindahan teknologi dan insentif fiskal bagi memastikan negara menjadi pemain utama teknologi tinggi global.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perhutanan
| ;#Perhutanan;#
No. Soalan : 14
Tuan Fathul Huzir bin Ayob [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah pelan penanaman semula hutan di Hulu Perak iaitu di kawasan bekas pembalakan atau perlombongan memandangkan peningkatan kejadian gajah dan harimau keluar ke kawasan penempatan serta langkah mitigasi konflik manusia dan hidupan liar.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Tanah
| ;#Tanah;#
No. Soalan : 2
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad [ Jerlun ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan jumlah kes harta pusaka kecil yang masih belum selesai setakat ini serta punca utama berlaku kelewatan dan sasaran tempoh masa yang ditetapkan Kementerian untuk mengurangkan tunggakan tersebut.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : BiodiversitiPERHILITAN
| ;#Biodiversiti;#PERHILITAN;#
No. Soalan : 66
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa [ Tampin ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan perancangan terkini Kementerian menerusi Jabatan PERHILITAN bagi mengurangkan kes-kes berkaitan konflik manusia-hidupan liar seperti monyet, beruk, kera dan gajah yang sering mengganggu ketenteraman serta menjejaskan hasil pertanian atau perladangan masyarakat di kawasan luar bandar.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : PERHILITANBiodiversiti
| ;#PERHILITAN;#Biodiversiti;#
No. Soalan : 64
Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun [ Port Dickson ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah-langkah penguatkuasaan yang telah dilaksanakan oleh Malaysia bersama negara-negara ASEAN dalam mengekang perdagangan hidupan liar secara haram khususnya melalui ASEAN Working Group on CITES, serta sejauh mana keberkesanan langkah-langkah tersebut dari segi hasil dan impaknya.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| ;#Alam Sekitar;#
No. Soalan : 36
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [ Balik Pulau ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan dalam konteks kawasan sensitif alam sekitar seperti Balik Pulau, apakah mekanisme Kementerian untuk memastikan projek pembangunan tidak menjejaskan kawasan tadahan air, pertanian dan biodiversiti, serta sejauh mana penilaian impak alam sekitar (EIA) dikuatkuasakan secara telus.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| ;#Perubahan Iklim;#
No. Soalan : 32
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad [ Simpang Renggam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan strategi penyelarasan antara DPIN 2.0 dan NETR dalam menarik pelaburan hijau serta penggunaan semula dana Carbon Tax untuk adaptasi bencana tempatan.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| ;#Alam Sekitar;#
No. Soalan : 30
Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali [ Pekan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan bilangan jumlah sungai yang tercemar dan usaha proaktif Kerajaan dalam memastikan sungai tidak terus tercemar serta apakah tindakan segera Kementerian termasuk strategi jangka masa panjang untuk mengatasi masalah pencemaran sungai.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Mineral
| ;#Mineral;#
No. Soalan : 22
Tuan Lee Chuan How [ Ipoh Timor ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan status terkini kerjasama mineral kritikal antara Malaysia dengan negara-negara Kesatuan Eropah khususnya Perancis dan Belgium serta syarikat-syarikatnya yang mempunyai teknologi pengasingan nadir bumi.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perhutanan
| ;#Perhutanan;#
No. Soalan : 17
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [ Merbok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan punca utama pemusnahan hutan paya bakau di seluruh negara sama ada pembangunan hartanah pesisir, akuakultur, industri, penebangan haram atau projek Kerajaan dan apakah peratusan kemusnahan bagi setiap sektor tersebut.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| ;#Perubahan Iklim;#
No. Soalan : 1
Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sejauh mana keberkesanan sistem amaran awal (Early Warning System) dalam memberi makluman secara pantas dan menyeluruh berkaitan ancaman bencana terutamanya di kawasan luar bandar.