Senator Dato' Leong Ngah Ngah minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah perancangan Kerajaan Persekutuan untuk memajukan tanah terbiar bagi meningkatkan produktiviti serta menjana pulangan ekonomi yang menguntungkan negara, khususnya kepada pemilik tanah, memandangkan terdapat kira-kira 104,000 hektar tanah terbiar di seluruh Malaysia, termasuk 29,392 hektar di negeri Pahang sahaja.