Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan senaraikan semua mineral yang ditakrif sebagai kritikal mineral oleh Kementerian. Apakah strategi dan hala tuju Kerajaan dari segi dasar, perundangan, perlombongan, pemprosesan, R&D, intellectual property, perlindungan alam sekitar, latihan tenaga kerja dan sokongan kewangan dalam sektor penuh potensi tetapi berisiko ini.