Jenis Soalan : Lisan | Kategori : MineralAlam Sekitar
| Penggal 3
No. Soalan : 2
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah kelulusan EIA yang baru diberikan kepada projek perlombongan bauksit di Bukit Goh Kuantan. Sekiranya ada, apakah mekanisme pengawalan pencemaran alam sekitar dan air agar ianya tidak berulang.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| Penggal 3
No. Soalan : 25
Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sebab sering berlaku kejadian pembuangan sisa toksik kimia di sungai-sungai di Pasir Gudang. Kejadian terbaru pada bulan September 2024 yang lalu. Adakah ini kerana kegagalan kerja-kerja pemantauan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : BiodiversitiPERHILITAN
| Penggal 3
No. Soalan : 38
Tuan Fathul Huzir bin Ayob [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan perancangan Kementerian dan Jabatan Perhilitan bagi menyelesaikan isu gajah liar di Gerik dan Pengkalan Hulu.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : TanahPerubahan Iklim
| Penggal 3
No. Soalan : 29
Tuan Mohd Sany bin Hamzan [ Hulu Langat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :
(a) berapa potensi nilai komersial Tanah Rizab Melayu yang masih belum diteroka bagi tahun 2023 dan 2024; dan
(b) apakah status projek tebatan banjir di Hulu Langat setakat ini.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perhutanan
| Penggal 3
No. Soalan : 18
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [ Merbok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan keluasan kawasan yang diwartakan menjadi kawasan penanaman pokok bakau di pesisir pantai dan sungai di Parlimen Merbok sebagai meningkatkan benteng hakisan selain meningkatkan kualiti alam.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Mineral
| Penggal 3
No. Soalan : 15
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [ Julau ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kementerian akan membenarkan pemprosesan nadir bumi Malaysia (Malaysia REE) dilakukan di luar negara.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Tanah
| Penggal 3
No. Soalan : 41
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [ Hulu Selangor ] minta SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan usaha dan tindakan yang dilakukan bagi menyelesaikan isu hak milik strata khususnya melibatkan kawasan rumah bertingkat untuk dijadikan bukti pemilikan bagi tujuan memudahkan proses pindah milik, gadaian, cagaran dan pembahagian pusaka.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Geosains
| Penggal 3
No. Soalan : 36
Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :
(a) apakah status penubuhan Pusat Bencana Geologi Negara seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada hujung tahun 2023; dan
(b) adakah Kementerian bercadang untuk melibatkan lebih ramai pakar geosains untuk terlibat dalam pengurusan perancangan bandar.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| Penggal 3
No. Soalan : 35
Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sejauh mana industri kitar semula mampu menjana kemampanan ekonomi negara dan apakah perancangan Kementerian untuk memastikan pembakaran terbuka dapat diatasi sebaiknya terutama di Kuala Langat.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Tanah
| Penggal 3
No. Soalan : 34
Tuan Zakri bin Hassan [ Kangar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan pecahan terkini keluasan kawasan Tanah Rizab Melayu (TRM) mengikut negeri sehingga kini.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Mineral
| Penggal 3
No. Soalan : 24
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [ Kubang Pasu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :
(a)apakah status semasa 'Malaysia National Mineral Industry Transformation Plan 2021-2030' yang dilancarkan pada 18 Ogos 2021; dan
(b)apakah kemajuan yang telah dicapai setakat ini dalam pengekstrakan dan pembangunan Industri Nadir Bumi (REE) termasuk industri hiliran.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Tanah
| Penggal 3
No. Soalan : 19
Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan usaha yang telah diambil oleh Kerajaan untuk memperkemas Akta Pengambilan Tanah Tahun 1960 (Akta 486) untuk mengelakkan agar tidak berulang lagi kes Kerajaan diarah serah tanah Jalan Duta seperti keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa, 6 Ogos 2024.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perhutanan
| Penggal 3
No. Soalan : 16
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Haji Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah perancangan dan prosedur standard yang diambil bagi mengelakkan kejadian pokok tumbang ke jalan besar, terutama sekali di kawasan kiri dan kanannya adalah hutan.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| Penggal 3
No. Soalan : 35
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah [ Rompin ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah Kementerian menangani isu pencemaran bau ekoran sisa bahan kimia yang berpotensi membahayakan kesihatan awam dilupuskan di kawasan yang tidak sepatutnya.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Geosains
| Penggal 3
No. Soalan : 13
Tuan Ganabatirau al Veraman [ Klang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kerajaan akan mengkaji semula piawaian pembangunan di kawasan bekas perlombongan dari segi kawalan kejuruteraan geoteknikal dan penyelenggaraan infrastruktur bawah tanah untuk mengelak pergerakan tanah dan tanah mendap.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Ukur dan PemetaanGeospatial
| Penggal 3
No. Soalan : 3
Tuan Zahir bin Hassan [ Wangsa Maju ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :
status terkini Dasar Pemetaan Utiliti Bawah Tanah dan juga pengaplikasian Pangkalan Data Utiliti Kebangsaan (PADU) oleh JUPEM; dan
status kemajuan kajian perundangan berkaitan pemetaan utiliti bawah tanah dalam RMKe-12.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| Penggal 3
No. Soalan : 37
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan libat urus dan rundingan yang dibuat dengan Kerajaan-kerajaan Negeri dalam merangka rang undang-undang pengangkutan karbon rentas sempadan bagi menjamin perlindungan kepentingan negeri dalam perdagangan karbon.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| Penggal 3
No. Soalan : 26
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Besut ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan prinsip-prinsip yang telah dipersetujui bersama negeri-negeri dalam melindungi kepentingan dan kedaulatan negeri dalam proses merangka Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Mineral
| Penggal 3
No. Soalan : 17
Dato' Sri Doris Sophia anak Brodi [ Sri Aman ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan penjelasan mengenai strategi pembangunan ekonomi yang berasaskan sumber asli termasuk pengurusan dan pelestarian sumber untuk memastikan kelanjutan jangka panjang.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| Penggal 3
No. Soalan : 22
Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi perubahan iklim di Malaysia terutamanya peningkatan suhu dan kekurangan air hujan sehingga 36.3% di sesetengah tempat mengikut laporan Kementerian Tenaga, Sains dan Perubahan Iklim pada tahun 2018.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perhutanan
| Penggal 3
No. Soalan : 18
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :
(a) keluasan kawasan hutan simpanan kekal yang diceroboh; dan
(b) apakah langkah-langkah yang diambil untuk penguatkuasaan dan penanaman semula.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : BiodiversitiPERHILITAN
| Penggal 3
No. Soalan : 15
Puan Syerleena binti Abdul Rashid [ Bukit Bendera ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian bagi memulihara populasi harimau untuk generasi akan datang. Tambahan pula, isu kematian harimau akibat roadkill yang menyebabkan populasi harimau terjejas serta pengecilan habitat, pemburuan haram dan sebagainya turut memburukkan lagi keadaan.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Biodiversiti
| Penggal 3
No. Soalan : 36
Tuan Yuneswaran A/L Ramaraj [ Segamat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kementerian mempunyai cadangan untuk menambah baik kadar pemberian Ecological Fund Transfer (EFT) supaya jumlah pampasan yang diterima lebih munasabah kepada Kerajaan negeri.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Tanah
| Penggal 3
No. Soalan : 24
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [ Permatang Pauh ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan usaha Kerajaan dalam menyelesaikan aset beku umat Islam yang sudah melebihi RM100 bilion.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| Penggal 3
No. Soalan : 17
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad [ Simpang Renggam ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan bagaimana Kementerian merancang untuk menangani risiko perubahan iklim seperti kenaikan aras laut, banjir dan peningkatan suhu dalam Pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura yang berpotensi memberi kesan terhadap infrastruktur serta pelaburan.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| Penggal 3
No. Soalan : 8
Tuan Tan Kar Hing [ Gopeng ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menambahbaik pelaksanaan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment - EIA).
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| Penggal 3
No. Soalan : 44
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan tindakan segera dan strategi jangka panjang untuk mengatasi masalah pencemaran sungai yang dilihat tidak pernah selesai terutamanya di kawasan perindustrian seperti yang sering berlaku di negeri Johor.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Mineral
| Penggal 3
No. Soalan : 38
Tuan Fathul Huzir bin Ayob [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan bilakah keputusan berkenaan prosedur Perlombongan NREE akan dimuktamadkan dan apakah manfaat kepada Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri yang terlibat.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| Penggal 3
No. Soalan : 34
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad [ Bagan Serai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan komitmen tuntas Kerajaan mengkaji semula dasar sedia ada untuk mengeluarkan Malaysia daripada menjadi 'tong sampah' dunia apabila negara menjadi tapak pelupusan sisa plastik dan bahan buangan elektronik dari beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Belanda, Jepun dan Australia.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Geosains
| Penggal 3
No. Soalan : 16
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah tindakan susulan Kementerian melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) ekoran insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India termasuk status laporan teknikal hasil siasatan berkaitan geologi dan struktur bawah permukaan dengan kerjasama Task Force Struktur Tanah Masjid India.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| Penggal 3
No. Soalan : 2
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [ Mersing ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah langkah pencegahan yang diambil ekoran insiden penutupan tiga buah sekolah di Johor selepas terdedah dengan pencemaran bau kimia pada September lalu serta tindakan pemantauan yang dijalankan bagi mengelakkan insiden seumpama ini daripada berulang.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| Penggal 3
No. Soalan : 14
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Besut ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan garis masa untuk pembentangan dan penguatkuasaan Rang Undang-Undang Berhubung Perdagangan Karbon, Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara dan Rang Undang-Undang Berkaitan Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) serta nyatakan usaha-usaha yang diambil untuk memperkasa Kerajaan negeri bagi membolehkan pelaksanaan undang-undang tersebut dilakukan.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| Penggal 3
No. Soalan : 5
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari [ Sungai Petani ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sejauh mana usaha dan tindakan Kementerian dalam mengatasi isu pencemaran sungai di seluruh negara. Adakah jumlah sungai tercemar menunjukkan penurunan dari tahun ke tahun.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Mineral
| Penggal 3
No. Soalan : 2
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [ Merbok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah mekanisme terkini berkaitan sumber nadir bumi (REE) bagi membolehkan hasil bumi mentah dapat dieksport dan memberikan pendapatan kepada Kerajaan negeri.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| Penggal 3
No. Soalan : 29
Puan Yeo Bee Yin [ Puchong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan Malaysia telah menandatangani Global Methane Pledge pada tahun 2021 untuk mengurangkan pelepasan gas metana sebanyak 30% menjelang 2030:
(a) apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian sejak 2021; dan
(b) adakah rancangan untuk mewujudkan halatuju/pelan kebangsaan penurunan pelepasan gas metana.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| Penggal 3
No. Soalan : 28
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [ Kubang Pasu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :
(a) langkah Kementerian bagi menangani isu setiap penduduk Malaysia menelan swallows purata 502.3 miligram mikroplastik sehari; dan
(b) apakah kemajuan yang telah dicapai dalam pelaksanaan Pelan Hala Tuju Malaysia Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik 2018-2030 dan Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik 2021-2030.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| Penggal 3
No. Soalan : 27
Tuan Syahredzan bin Johan [ Bangi ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah-langkah Kementerian untuk memperkasakan penguatkuasaan dan siasatan di bawah Akta Alam Sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) berikutan pindaan terhadap akta yang kini berkuatkuasa.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : BiodiversitiPERHILITAN
| Penggal 3
No. Soalan : 24
Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan bilakah penguatkuasaan dan pematuhan Pelan Pengurusan Hidupan Liar (WMP) oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dapat dilaksanakan memandangkan perwakilan kuasa oleh Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) tidak berlaku.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| Penggal 3
No. Soalan : 19
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari [ Sungai Petani ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah langkah berjaga-jaga yang telah diambil oleh Kementerian untuk menjangkakan potensi kesan fenomena La Nina ke atas Malaysia, khususnya dari segi tebatan banjir, kesiapsiagaan menghadapi bencana dan sokongan kepada masyarakat yang terdedah.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : BiodiversitiPERHILITAN
| Penggal 3
No. Soalan : 3
Puan Syerleena binti Abdul Rashid [ Bukit Bendera ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan dalam menangani konflik antara manusia dan harimau, apakah yang perlu lakukan apabila berlakunya situasi harimau masuk ke kampung dan kawasan penempatan awam kerana kita perlu melindungi nyawa manusia dan pada masa sama memelihara hidupan liar yang kian pupus itu.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : BiodiversitiPERHILITAN
| Penggal 3
No. Soalan : 39
Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun [ Port Dickson ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan perancangan Kementerian untuk memastikan kelestarian biodiversiti di kawasan-kawasan ekosistem yang terancam seperti Taman Negara dan Hutan Hujan Tropika.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Biodiversiti
| Penggal 3
No. Soalan : 31
Tuan Lee Chean Chung [ Petaling Jaya ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan jumlah Ecological Fund Transfer (EFT) yang diterima bagi setiap negeri bagi tahun 2023 dan 2024 serta bagaimana nilai EFT ditentukan agar setimpal dengan kos lepas bagi tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan simpan.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : BiodiversitiPERHILITAN
| Penggal 3
No. Soalan : 20
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [ Mersing ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :
(a) laporan susulan mengenai insiden kematian empat ekor gajah di Kampung Sri Timur, Kahang pada Jun lalu; dan
(b) langkah mitigasi yang dilaksanakan untuk memelihara habitat dan populasi gajah daripada ancaman kepupusan serta perincian pelan tindakan bagi menangani konflik antara manusia dengan gajah.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Mineral
| Penggal 3
No. Soalan : 24
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :
(a) statistik kadar simpanan (deposit) Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) mengikut negeri di Semenanjung Malaysia; dan
(b) pelaksanaan garis panduan aktiviti perlombongan NR-REE di luar kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) hasil daripada projek perintis di Kenering, Perak.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Mineral
| Penggal 3
No. Soalan : 22
Datuk Dr. Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sejauh mana usaha Kementerian membangunkan Dasar Mineral Negara bersesuaian dengan prosedur operasi standard (SOP) perlombongan nadir bumi dan adakah exco-exco setiap negeri turut sama dilibatkan dalam merangka dasar tersebut.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| Penggal 3
No. Soalan : 16
Puan Yeo Bee Yin [ Puchong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan:
(a) adakah Kementerian akan mengambil kira tanah lembap sebagai sinki karbon dalam inventori gas kaca hijau (GHG) dalam laporan kemaskini dua tahun (BUR) UNFCCC ; dan
(b) apakah usaha Kementerian dalam meningkatkan jumlah projek yang menghasilkan nature-based carbon credits di Bursa Carbon Exchange.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| Penggal 3
No. Soalan : 43
Tuan Roy Angau anak Gingkoi [ Lubok Antu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan komitmen Kementerian dalam menambah baik landskap perundangan sedia ada untuk menyokong perniagaan tenaga terutama dalam sektor perdagangan karbon di Malaysia.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| Penggal 3
No. Soalan : 37
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli [ Batang Lupar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan usaha Kementerian ke arah memastikan Malaysia mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 dan sejauh manakah komitmen Kementerian dalam menyokong dasar karbon wilayah Sarawak.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| Penggal 3
No. Soalan : 30
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya [ Putatan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah Kementerian dalam mengawal dan menjaga kebersihan sungai daripada pencemaran terutamanya pembuangan sisa domestik dan industri. Sejauh manakah kempen zero plastics ini dikuatkuasakan oleh pihak Kementerian di setiap negeri.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| Penggal 3
No. Soalan : 26
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [ Julau ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan tindakan Kementerian bagi menangani isu pencemaran sungai dengan peningkatan ladang kelapa sawit yang menjejaskan sumber air bagi penduduk terutamanya di kawasan Lasi di Meluan dan Ulu Wak, Tugong dan Sungai Kedang di Pakan yang masih belum mempunyai bekalan air bersih terawat.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : MineralGeosains
| Penggal 3
No. Soalan : 25
Tuan Wong Chen [ Subang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk menyesuaikan pendekatan perlombongan Kanada untuk pengekstrakan nadir bumi (rare earth extraction) dan melindungi hak Orang Asli.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| Penggal 3
No. Soalan : 5
Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sama ada Pelan Hala Tuju Kelestarian Plastik Malaysia 2021-2030 telah mencapai sasaran atau tidak.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perubahan Iklim
| Penggal 3
No. Soalan : 36
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan [ Sri Gading ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan tindakan dan persediaan yang telah dilakukan oleh pihak Kementerian dalam menghadapi musim tengkujuh pada penghujung tahun ini, memandangkan telah ada beberapa bencana awal seperti banjir yang telah berlaku baru-baru ini.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| Penggal 3
No. Soalan : 35
Tuan Jimmy Puah Wee Tse [ Tebrau ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan walaupun Kementerian telah meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling melibatkan denda sehingga RM10 juta namun masih terdapat kes pembuangan sisa toksik secara haram berlaku seperti baru-baru ini di Parlimen Tebrau. Apakah langkah tambahan Kementerian untuk mencegah perkara ini dari berulang lagi.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Alam Sekitar
| Penggal 3
No. Soalan : 9
Tuan Manndzri bin Nasib [ Tenggara ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah yang diambil oleh pihak Kementerian bagi memantapkan lagi operasi pemantauan dan penguatkuasaan yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) terhadap pihak syarikat mahupun individu yang melanggar peraturan alam sekitar.
Jenis Soalan : Lisan | Kategori : Perhutanan
| Penggal 3
No. Soalan : 3
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [ Balik Pulau ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah komitmen Kementerian dalam mengimbangi pelbagai keperluan untuk pembangunan di samping memelihara kawasan hutan simpan di Malaysia.