Galeria Perhutanan


Galeria Perhutanan IPJPSM yang ditubuhkan ini mengandungi ruang pameran di mana para pengunjung dapat mempelajari tentang sejarah perhutanan, sains dan teknologi serta sumbangan sektor perhutanan kepada pembangunan sosio-ekonomi negara.

Galeria Perhutanan IPJPSM ini diharap dapat menyampaikan maklumat dan sejarah perkembangan dalam bidang perhutanan memandangkan sektor perhutanan telah berkembang di negara ini sejak melebihi 100 tahun lalu. Dengan wujudnya galeria ini, masyarakat akan mendapat maklumat dan pengetahuan yang terkini khususnya berkaitan bidang perhutanan. Secara tidak langsung, penubuhan galeria ini dapat menjadi tempat pendidikan informal kepada masyarakat umum selain dapat membantu menerangkan isu-isu semasa berkaitan perhutanan.

WAKTU LAWATAN 
Isnin – Khamis9.00 pagi – 5.00 petang
Jumaat9.00 pagi – 12.00 tengah hari
 3.00 petang – 5.00 petang
DitutupSabtu & Ahad
 Hari Kelepasan Am

Lawatan pada hari Sabtu & Ahad boleh dilaksanakan dengan temujanji.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-26164488. 

​​