​Data terbuka ialah data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif Kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka Kerajaan dapat meningkatkan ketelusan penyampaian perkhidmatan Kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan di samping meningkatkan produktiviti ekonomi digital negara melalui industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. Ia juga meletakkan Malaysia setaraf dengan negara lain dalam inisiatif Kerajaan Digital. 

 

Objektif pelaksanaan data terbuka sektor awam adalah seperti yang berikut:

  • Menggalakkan perkongsian data antara agensi sektor awam, swasta dan rakyat.
  • Meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan melalui perkongsian data terbuka secara dalam talian yang berpaksikan rakyat.
  • Menggalakkan produktiviti ekonomi digital melalui pewujudan industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan.​


Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat pada “Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0"

 

​Tajuk​​ ​Format
​​​​​​​​Greenhouse Gas Emissions​​​​​CSV, Parquet & Embed
​​​​​​Area of Permanent Forest Reserves​​​CSV, Parquet & Embed
​​Extraction of Minerals by State and Commodity
​CSV, Parquet & Embed
​​ 2021 ​Monthly Air Pollution
CSV, Parquet & Embed​​


   ​Layari Portal Rasmi Data Terbuka Malaysia​ ​>>>​ ​​ Senarai Data Terbuka KeTSA​