Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Negara | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 3 | Sesi | Mesyuarat Ketiga | Tarikh Persidangan | 18 December 2024 | Tahun Persidangan | 2024 | Kategori | Tanah | Nombor Soalan | 45 | Soalan | Senator Tuan Roderick Wong Siew Lead minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan berapakah jumlah keseluruhan tanah persekutuan yang terdapat di Sarawak dan pecahan mengikut kawasan Parlimen di Sarawak serta berapakah keluasan tanah yang masih belum dibangunkan.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua, 1. Berdasarkan data yang terdapat di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) Sarawak adalah terhad kepada maklumat mengikut bahagian di Sarawak dipecahkan kepada land district/ town district sahaja. Persempadanan kawasan Parlimen adalah tidak sama dengan persempadanan pentadbiran tanah mengikut land district/ town district tersebut. 2. Sehingga 31 Oktober 2024, jumlah keseluruhan tanah persekutuan yang terdapat di Sarawak berdasarkan rekod JKPTG Sarawak adalah sebanyak 2,101 lot dengan jumlah keluasan 15,943.05ha. Sehubungan itu, pecahan lot tanah persekutuan mengikut bahagian di Sarawak adalah seperti berikut: Bil. | Bahagian | Jumlah Lot PTP | Jumlah Keluasan (Ha) | 1. | Sarikei | 143 | 3,615.68 | 2. | Kuching | 367 | 3,469.75 | 3. | Miri | 356 | 2,098.38 | 4. | Sibu | 162 | 1,306.72 | 5. | Bintulu | 103 | 1,241.33 | 6. | Samarahan | 197 | 1,040.73 | 7. | Mukah | 162 | 907.75 | 8. | Limbang | 151 | 778.92 | 9. | Sri Aman | 128 | 554.91 | 10. | Betong | 154 | 418.94 | 11. | Kapit | 116 | 316.74 | 12. | Serian | 62 | 193.20 | | Jumlah | 2,101 | 15,943.05 |
3. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 136 lot PTP berkeluasan 1,321 hektar yang kosong dan belum dibangunkan. Sekian, terima kasih. | Attachments |
|
|