Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Negara | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 3 | Sesi | Mesyuarat Ketiga | Tarikh Persidangan | 11 October 2024 | Tahun Persidangan | 2024 | Kategori | Alam Sekitar | Nombor Soalan | 49 | Soalan | Senator Dato' Ahmad bin Dato' Sri Hj. Ibrahim minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah mekanisme dan langkah-langkah bagi membendung lambakan kontena sisa pepejal plastik dari Eropah dan Amerika Syarikat yang berlabuh di pelabuhan negara iaitu Pelabuhan Klang yang menyebabkan negara menjadi tempat pembuangan sampah kedua di dunia.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian terus komited untuk membendung lambakan kontena sisa pepejal plastik dari Eropah dan Amerika Syarikat yang berlabuh di pelabuhan negara. Di antara langkah-langkah drastik penguatkuasaan yang dilaksanakan ialah:
Memperketatkan sistem kawalan dan meningkatkan mekanisme penguatkuasaan di pintu masuk negara (pelabuhan dan pintu masuk darat) bersama agensi lain seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM);
Tindakan penguatkuasaan bersepadu di pelabuhan dipertingkatkan bersama dengan Jabatan dan Agensi yang berkaitan seperti pihak Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Pengangkutan (MOT), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen (JIM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta organisasi antarabangsa;
Meningkatkan kerjasama dengan organisasi antarabangsa termasuk Sekretariat Konvensyen Basel, Asian Network, Enforce, Interpol dan lain-lain; dan
Meningkatkan kerjasama dari segi latihan penguatkuasaan antara JAS dan agensi-agensi penguatkuasa seperti PDRM, JIM dan agensi-agensi lain yang berkaitan terutama dalam bidang risikan dan forensik.
Sekian, terima kasih. | Attachments |
|
|