Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Negara | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 3 | Sesi | Mesyuarat Ketiga | Tarikh Persidangan | 10 December 2024 | Tahun Persidangan | 2024 | Kategori | Alam Sekitar | Nombor Soalan | 17 | Soalan | Senator Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan kaedah atau teknologi yang sedang dipertimbangkan oleh Kementerian untuk menguruskan pelupusan bateri Kereta Elektrik (EV).
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Sisa bateri Electric Vehicle (EV) adalah dikelaskan di bawah kod SW 103 di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974). Di Malaysia, kini terdapat empat (4) buah fasiliti kemudahan pemerolehan kembali luar tapak bagi kod SW 103. Teknologi pemerolehan kembali bateri terpakai melibatkan usaha untuk mengitar semula bahan berharga dalam bateri seperti litium, kobalt dan nikel dan pada masa yang sama dapat mengurangkan sisa dan impak kepada alam sekitar.
Antara teknologi yang digunakan dalam kitar semula bateri terpakai ialah:
Pengumpulan dan Pemisahan awal di mana proses ini melibatkan pengasingan bateri melalui jenis bateri sama ada bateri litium-ion, nikel kadmium dan sebagainya. Seterusnya proses nyahcas bateri akan dilakukan bagi mengelakkan risiko letupan atau kebakaran semasa kitar semula;
Teknologi Hidrometalurgi yang menggunakan kaedah larutan kimia untuk melarutkan bahan aktif dalam bateri. Dalam proses ini unsur seperti litium, kobalt dan mangan dapat diasingkan melalui proses mendakan; dan
Teknologi Pirometalurgi di mana proses ini melibatkan pembakaran bateri pada suhu tinggi untuk mengekstrak logam berharga. Proses ini lebih cepat tetapi menghasilkan pelepasan karbon yang tinggi.
Teknologi kitar semula bateri terpakai ini dapat meminimumkan pembuangan bateri terpakai dan seterusnya menyokong ekonomi kitaran yang mampan. Walau bagaimanapun teknologi sedia ada melibatkan kos yang tinggi dan memerlukan pelaburan yang besar bagi membina fasiliti tersebut.
Sekian, terima kasih.
| Attachments |
|
|