Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Negara | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 3 | Sesi | Mesyuarat Ketiga | Tarikh Persidangan | 12 December 2024 | Tahun Persidangan | 2024 | Kategori | Alam Sekitar | Nombor Soalan | 35 | Soalan | Senator Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :- a) apakah perancangan Kerajaan untuk membangunkan industri perlombongan urban; dan b) adakah infrastruktur dan perundangan yang sedia ada mencukupi untuk membangunkan sektor ini.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman ahli dewan,
Perlombongan urban merupakan satu konsep yang merujuk kepada proses mengumpul, mengekstrak, dan mengitar semula bahan berharga daripada barangan terpakai atau sisa di kawasan bandar. Konsep ini bertujuan untuk memanfaatkan sumber yang terdapat dalam barangan seperti peralatan elektronik, bateri, kenderaan lama, dan sisa pembinaan, yang sering mengandungi logam, plastik, atau bahan berharga lain.
Di Malaysia, peralatan elektronik yang telah rosak, tidak berfungsi atau lama/ usang dikategorikan sebagai Buangan Terjadual di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dengan kod SW 110.
Bagi memastikan kebolehlaksanaan kitaran ekonomi dalam konsep kitar semula, cradle to cradle dan pemerolehan kembali sumber-sumber berharga dalam e-waste, sejumlah 116 lesen kemudahan pemerolehan kembali e-waste telah dikeluarkan sehingga 31 Mei 2024 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Daripada jumlah tersebut terdapat sebanyak 102 kemudahan adalah merupakan partial recovery dengan kapasiti pemprosesan yang dilesenkan ialah sebanyak 279,511.68 MT manakala selebihnya iaitu sebanyak 14 kemudahan adalah full recovery dengan jumlah kapasiti pemprosesan dibenarkan ialah 131,004.00 MT.
Tujuan pelesenan adalah untuk mengawal selia kemudahan kitar semula dan pemerolehan kembali bagi memastikan penghasilan, pengumpulan, pergerakan, pengolahan dan pelupusan e-waste dijalankan dengan teratur dan sempurna mengikut peraturan-peraturan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Sekian, terima kasih.
| Attachments |
|
|