Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

12 December 2024

Tahun Persidangan

2024

Kategori

Mineral, Alam Sekitar

Nombor Soalan

2

Soalan

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah kelulusan EIA yang baru diberikan kepada projek perlombongan bauksit di Bukit Goh Kuantan. Sekiranya ada, apakah mekanisme pengawalan pencemaran alam sekitar dan air agar ianya tidak berulang.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak pernah memberi sebarang kelulusan kepada Laporan EIA untuk projek perlombongan bauksit di Bukit Goh, Kuantan, Pahang. 


  1. Walau bagaimanapun, Ibu Pejabat JAS baharu sahaja menerima laporan EIA bagi cadangan projek perlombongan bauksit di Bukit Goh, Kuantan bertajuk Proposed Bauxite Mining Operation In Bukit Goh With An Area Of 2,424.73 Hectares (5.991.63 Acres) In Mukim Kuala Kuantan, District Of Kuantan, Pahang Darul Makmur pada 24 September 2024.  Penggerak Projek bagi cadangan projek ini adalah BG Mining Sdn. Bhd.


  1. Laporan EIA tersebut akan dinilai dan dibincangkan secara terperinci di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal EIA (EIA Technical Review Committee, EIATRC) bersama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain terutamanya agensi-agensi teknikal sama ada di peringkat Persekutuan ataupun Negeri, individu yang dilantik dan juga badan-badan bukan kerajaan (NGO). Mesyuarat EIATRC akan mempertimbangkan semua ulasan dan syor daripada semua pihak yang terlibat sebelum sebarang keputusan dibuat terhadap Laporan EIA yang diterima tersebut.  


Sekian, terima kasih. ​

Attachments