Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Rakyat | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 3 | Sesi | Mesyuarat Ketiga | Tarikh Persidangan | 09 December 2024 | Tahun Persidangan | 2024 | Kategori | Perhutanan | Nombor Soalan | 18 | Soalan | Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [ Merbok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan keluasan kawasan yang diwartakan menjadi kawasan penanaman pokok bakau di pesisir pantai dan sungai di Parlimen Merbok sebagai meningkatkan benteng hakisan selain meningkatkan kualiti alam.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tragedi tsunami yang melanda pantai barat laut Semenanjung Malaysia pada 26 Disember 2004 telah membuktikan peranan hutan paya laut sebagai pemecah ombak dan penstabil bagi kawasan persisiran pantai. Kawasan yang mempunyai hutan paya laut yang luas dan padat didapati mengalami kemusnahan dan kerosakan yang minimum.
Menyedari kepentingan hutan paya laut kepada kestabilan ekosistem kawasan pesisiran pantai, Kerajaan Persekutuan telah melancarkan Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara pada 7 Februari 2005. Program nasional jangka panjang ini bertujuan memelihara dan memulihara ekosistem hutan paya laut yang penting untuk menjamin kestabilan kawasan pesisiran pantai, termasuk berfungsi sebagai benteng untuk memecah, menahan dan mengurangkan daya kekuatan pukulan ombak.
Sehingga 31 Disember 2023, seluas 176.80 hektar kawasan Hutan Simpan Merbok yang terletak dalam Parlimen Merbok telah ditanam dengan 1,003,268 pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai.
Sekian, terima kasih. | Attachments |
|
|