Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

09 December 2024

Tahun Persidangan

2024

Kategori

Mineral

Nombor Soalan

15

Soalan

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [ Julau ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kementerian akan membenarkan pemprosesan nadir bumi Malaysia (Malaysia REE) dilakukan di luar negara.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Dasar semasa Kerajaan telah menetapkan pelaksanaan moratorium pengeksportan mentah unsur nadir bumi (REE) bermula 1 Januari 2024. Dasar ini bertujuan membangunkan industri REE tempatan khususnya di peringkat pertengahan dan hiliran. Dalam hal ini, Kerajaan tidak lagi membenarkan sumber REE dieksport secara mentah dan diproses di luar negara.


  1. Pada masa yang sama, Kerajaan sedang berusaha untuk menarik minat pelabur di dalam dan luar negara untuk melabur dalam pembangunan industri di peringkat pertengahan dan hiliran. Kerajaan Negeri juga digalakkan untuk menarik pihak pelabur yang berpotensi untuk membangunkan industri REE di negeri masing-masing khususnya di peringkat pertengahan dan hiliran.

 

Sekian, terima kasih. ​

Attachments