Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

03 December 2024

Tahun Persidangan

2024

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

41

Soalan

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [ Hulu Selangor ] minta SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan usaha dan tindakan yang dilakukan bagi menyelesaikan isu hak milik strata khususnya melibatkan kawasan rumah bertingkat untuk dijadikan bukti pemilikan bagi tujuan memudahkan proses pindah milik, gadaian, cagaran dan pembahagian pusaka.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan prihatin akan isu hakmilik strata yang dihadapi oleh pembeli rumah skim berstrata disebabkan isu berkaitan tanah, bangunan, pemaju dan dokumentasi yang belum selesai. Kerajaan telah mengambil tindakan penyelesaian dengan menambahbaik proses kerja seperti berikut:

  1. memperkenalkan konsep pemilikan kosong dengan pengeluaran hakmilik strata (Vacant Possession with Strata Title – VPST) menerusi pindaan Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318] melalui Akta A1450 yang dilaksanakan pada tahun 2015;

  2. memperkenalkan permohonan Sijil Formula Unit Syer (SiFUS) di mana melalui proses ini, pemohon wajib menyelesaikan isu tanah terlebih dahulu; dan

  3. memberikan pengecualian terhadap salinan asal pelan bangunan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan bagi Bangunan Khas dan dokumen tersebut diganti dengan Pelan Siap Bina (as-built plan) yang diperakui oleh Arkitek Profesional atau Juruukur Tanah.

Kementerian berharap dengan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan dalam penambahbaikan proses kerja akan membantu pemilik-pemilik skim berstrata.

Sekian, terima kasih.​

Attachments