Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

03 December 2024

Tahun Persidangan

2024

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

34

Soalan

Tuan Zakri bin Hassan [ Kangar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan pecahan terkini keluasan kawasan Tanah Rizab Melayu (TRM) mengikut negeri sehingga kini.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian ini, melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), bertanggungjawab untuk mengumpul maklumat berkaitan keluasan Tanah Rizab Melayu daripada setiap Pihak Berkuasa Negeri. Pengumpulan data ini dilaksanakan berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-69 yang diadakan pada tahun 2013.


Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Pihak Berkuasa Negeri sehingga 30 Jun 2024, jumlah keluasan keseluruhan Tanah Rizab Melayu adalah sebanyak 4,955,870.89 hektar. Jumlah ini tidak termasuk negeri Pulau Pinang dan Melaka memandangkan kedua-dua negeri tersebut tidak mempunyai Enakmen Rizab Melayu. Pecahan keluasan Tanah Rizab Melayu mengikut negeri adalah seperti berikut:


BIL.

NEGERI (TERMASUK WILAYAH PERSEKUTUAN)

KELUASAN TRM (HEKTAR)

1.  

Perlis

33,540.02

2.  

Kedah

809,142.22

3.  

Perak

953,391.38

4.  

Selangor

164,743.89

5.  

Kuala Lumpur

1,003.56

6.  

Negeri Sembilan

223,550.43

7.  

Johor

561,802.60

8.  

Pahang

444,074.90

9.  

Kelantan

1,361,114.00

10.          

Terengganu

 

(i)  Tanah Rizab Melayu  

2,378.89

(ii) Tanah Pegangan Melayu

401,129.00

 

JUMLAH KELUASAN

4,955,870.89

 


Sekian, terima kasih.​

Attachments