Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

03 December 2024

Tahun Persidangan

2024

Kategori

Mineral

Nombor Soalan

24

Soalan

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [ Kubang Pasu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :

(a)apakah status semasa 'Malaysia National Mineral Industry Transformation Plan 2021-2030' yang dilancarkan pada 18 Ogos 2021; dan

(b)apakah kemajuan yang telah dicapai setakat ini dalam pengekstrakan dan pembangunan Industri Nadir Bumi (REE) termasuk industri hiliran.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. apakah status semasa 'Malaysia National Mineral Industry Transformation Plan 2021-2030' yang dilancarkan pada 18 Ogos 2021; 


  1. Susulan daripada pelancaran Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 (TIM 2021-2030), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan beberapa tindakan selari dengan teras-teras yang telah dirangka di bawah TIM 2021-2030 seperti berikut:

    1. NRES sedang dalam rangka kerja untuk menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Mineral Negara (LPMM) sebagai sebuah badan berkanun yang akan memacu pembangunan sektor mineral dan geosains negara;

    2. memulakan gerak kerja untuk meminda Akta Pembangunan Mineral 1994 [Akta 525] bagi memastikan perundangan berkaitan mineral adalah terkini dan relevan untuk situasi industri mineral semasa;

    3. bekerjasama dengan Akademi Sains Malaysia (ASM) untuk membangunkan dokumen model perniagaan pembangunan industri unsur nadir bumi (REE) di Malaysia; dan  

    4. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) sedang giat melaksanakan aktiviti pemetaan bagi mineral strategik khususnya bagi pemetaan REE.

  1. apakah kemajuan yang telah dicapai setakat ini dalam pengekstrakan dan pembangunan Industri Nadir Bumi (REE) termasuk industri hiliran


  1. Kementerian telah membentangkan kertas dasar hala tuju pembangunan industri REE di Malaysia dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 5 Ogos 2024. Berdasarkan keputusan MTEN dan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Ogos 2024, Kementerian telah mengadakan perbincangan bersama Kementerian Ekonomi (KE), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kewangan (MOF) pada 14 Oktober 2024 bagi memuktamadkan hala tuju berkaitan industri REE di Malaysia.

  2. Melalui mesyuarat tersebut, satu special task force akan ditubuhkan untuk membincangkan mengenai isu-isu serta menetapkan hala tuju pembangunan industri REE di Malaysia. Di bawah special task force ini akan diwujudkan tiga (3) jawatankuasa teknikal yang akan mengkaji aspek berkaitan industri REE meliputi pelaburan, teknologi, insentif termasuk termasuk penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R,D,C&I).  

 

Sekian, terima kasih.


Attachments