Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

03 December 2024

Tahun Persidangan

2024

Kategori

Perhutanan

Nombor Soalan

16

Soalan

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Haji Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah perancangan dan prosedur standard yang diambil bagi mengelakkan kejadian pokok tumbang ke jalan besar, terutama sekali di kawasan kiri dan kanannya adalah hutan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hutan adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Manakala, bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) adalah dalam memberikan nasihat teknikal mengenai pengurusan dan pembangunan hutan serta menjalankan penyelidikan dan khidmat latihan.

  2. Dalam hubungan ini,  Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menerusi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Pokok Bahaya di Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri Semenanjung Malaysia. Buku ini bertujuan memberikan pendekatan yang teratur dan seragam berhubung dengan pengurusan pokok bahaya terutamanya di kawasan hutan lipur dan hutan taman negeri yang sering menjadi tumpuan utama pengunjung.

  3. Dalam masa yang sama, Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri (JPN) sentiasa memberikan kerjasama kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sekiranya terdapat pokok-pokok berbahaya daripada kawasan hutan simpan yang perlu ditebang bagi tujuan keselamatan pengguna jalan raya.

Sekian, terima kasih.​

Attachments