Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Rakyat | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 3 | Sesi | Mesyuarat Ketiga | Tarikh Persidangan | 27 November 2024 | Tahun Persidangan | 2024 | Kategori | Alam Sekitar | Nombor Soalan | 35 | Soalan | Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah [ Rompin ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah Kementerian menangani isu pencemaran bau ekoran sisa bahan kimia yang berpotensi membahayakan kesihatan awam dilupuskan di kawasan yang tidak sepatutnya.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam mengambil perhatian yang serius bagi menangani isu pencemaran bau ekoran sisa bahan kimia yang berpotensi membahayakan kesihatan awam Sehubungan itu antara langkah-langkah yang telah dan sedang diambil oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) adalah seperti berikut:
Meningkatkan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya untuk mengawal pelepasan bahan pencemar daripada aktiviti industri agar tidak memberi kesan buruk terhadap alam sekitar;
Memastikan pengurusan buangan terjadual, efluen, kumbahan dan sebarang pelepasan bahan pencemar udara dilaksanakan dengan baik bagi memastikan pematuhan terhadap had-had pelepasan yang ditetapkan.
Memantau pengurusan buangan terjadual daripada industri yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dengan mengawalselia penggunaan sistem eSWIS (Electronic Scheduled Waste Information System) bagi mengesan pergerakan buangan terjadual daripada premis industri yang menghasilkan buangan terjadual kepada kemudahan pengurusan yang dilesenkan oleh JAS;
Menjalankan pemeriksaan secara berterusan ke atas premis industri, notifikasi pemasangan alat kawalan pencemaran, pelaporan alam sekitar secara atas talian (Online Environmental Reporting, OER) dan penguatkuasaan secara desktop;
Memastikan pelaksanaan pematuhan kendiri (Self Regulation, SR) kepada pihak industri untuk menjalankan pemantauan prestasi setiap hari terhadap kelengkapan alat kawalan pencemaran yang telah dipasang agar ianya berfungsi dengan baik pada setiap masa;
Meningkatkan kerjasama dan melaksanakan operasi secara bersepadu bersama agensi penguatkuasaan yang lain; dan
Menganjurkan program promosi dan kesedaran awam kepada masyarakat dan semua pihak berkepentingan mengenai kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar.
Sekian, terima kasih. | Attachments |
|
|