Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

23 October 2024

Tahun Persidangan

2024

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

8

Soalan

Tuan Tan Kar Hing [ Gopeng ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menambahbaik pelaksanaan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment - EIA).

Jawapan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Gopeng,


  1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) sentiasa berusaha untuk menambahbaik pelaksanaan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment, EIA) di Malaysia.  Terdapat lima (5) keutamaan penambahbaikan iaitu:


  1. Memperkukuh keperluan perundangan berkaitan EIA dan tadbir urus dalam penilaian Laporan EIA;

  2. Memperkasa prosedur EIA di Malaysia;

  3. Pendigitalan EIA;

  4. Pengukuhan Libat Urus Awam; dan

  5. Pemantapan Penguatkuasaan EIA.


Sekian, terima kasih.​

Attachments