Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

06 November 2024

Tahun Persidangan

2024

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

27

Soalan

Tuan Syahredzan bin Johan [ Bangi ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah-langkah Kementerian untuk memperkasakan penguatkuasaan dan siasatan di bawah Akta Alam Sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) berikutan pindaan terhadap akta yang kini berkuatkuasa.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Seperti mana semua ahli yang berhormat sedia maklum, Akta kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 ini telah diwartakan pada 6 Jun 2024 setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 27 Mei 2024. Pindaan ini telah mula berkuatkuasa mulai 7 Julai 2024.


  1. Sehubungan itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah dan sedang mengambil langkah-langkah untuk memperkasakan penguatkuasaan dan siasatan agar selari dengan pindaan akta yang telah dibuat. Antara langkah-langkah yang diambil termasuk:


  1. Menyediakan latihan kemahiran kepada anggota penguatkuasa secara berfokus dan berterusan;


  1. Meningkatkan keupayaan maklumat risikan elemen pencemaran bersama dengan agensi penguatkuasa yang berkaitan;


  1. Melaksanakan penguatkuasaan menerusi program Smart Enforcement dengan penggunaan teknologi maklumat dan teknologi pintar bagi membolehkan pemantauan  pematuhan dan kerja-kerja siasatan dapat dilakukan dengan lebih cepat dan berkesan;


  1. Menjalankan operasi penguatkuasaan secara bersepadu bersama dengan agensi penguatkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Badan Kawal Selia Air Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).


  1. Melaksanakan perolehan pakaian seragam kepada semua anggota penguatkuasa JAS agar lebih dikenali setanding dengan agensi penguatkuasa yang lain;


  1. Membuat perolehan kenderaan dan keperluan peralatan teknikal bagi memastikan penguatkuasaan dapat dijalankan dengan lebih baik dan berkesan;


Sekian, terima kasih.​

Attachments