Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

06 November 2024

Tahun Persidangan

2024

Kategori

Biodiversiti, PERHILITAN

Nombor Soalan

24

Soalan

Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan bilakah penguatkuasaan dan pematuhan Pelan Pengurusan Hidupan Liar (WMP) oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dapat dilaksanakan memandangkan perwakilan kuasa oleh Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) tidak berlaku.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Alam Sekitar telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia mengenai perwakilan kuasa di bawah seksyen 34A Akta kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] bagi membolehkan Pelan Pengurusan Hidupan Liar (WMP) oleh Jabatan PERHILITAN dapat dilaksanakan. 


2. Dalam hal ini, JAS telah menyediakan draf Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa Kepada Agensi) 2024 berhubung perwakilan kuasa kepada Jabatan PERHILITAN dan perintah ini dijadualkan untuk dimuktamadkan pada akhir tahun 2024.


Sekian, terima kasih.​

Attachments