Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Rakyat | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 3 | Sesi | Mesyuarat Ketiga | Tarikh Persidangan | 06 November 2024 | Tahun Persidangan | 2024 | Kategori | Biodiversiti, PERHILITAN | Nombor Soalan | 3 | Soalan | Puan Syerleena binti Abdul Rashid [ Bukit Bendera ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan dalam menangani konflik antara manusia dan harimau, apakah yang perlu lakukan apabila berlakunya situasi harimau masuk ke kampung dan kawasan penempatan awam kerana kita perlu melindungi nyawa manusia dan pada masa sama memelihara hidupan liar yang kian pupus itu.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia mengambil perhatian yang serius konflik manusia dan hidupan liar termasuk Harimau Malaya.
2. Apabila berlaku situasi mencemaskan melibatkan hidupan liar termasuk Harimau Malaya masuk ke kawasan kampung dan penempatan awam, antara langkah-langkah yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:
mengelakkan apa jua bentuk provokasi atau tindakan seperti cubaan menghalau dan mendekati hidupan liar, membaling objek-objek, menembak atau membunuh;
mengelakkan situasi panik dan bergerak secara perlahan-lahan untuk menjauhkan diri daripada hidupan liar;
melindungi diri di dalam rumah atau di mana-mana tempat yang selamat sementara menunggu kehadiran pihak berkuasa; dan
menghubungi segera pejabat Jabatan PERHILITAN terdekat atau talian hotline Jabatan PERHILITAN 1-800-88-515 selain talian kecemasan umum Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melaporkan kejadian konflik hidupan liar untuk tindakan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
| Attachments |
|
|