Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 3

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

17 October 2024

Tahun Persidangan

2024

Kategori

Mineral, Geosains

Nombor Soalan

25

Soalan

Tuan Wong Chen [ Subang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk menyesuaikan pendekatan perlombongan Kanada untuk pengekstrakan nadir bumi (rare earth extraction) dan melindungi hak Orang Asli.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Berdasarkan polisi semasa, sebarang aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Malaysia adalah tertakluk kepada kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA). Laporan EIA secara keseluruhan meliputi pelbagai aspek antaranya topografi, geologi, tanah, hidrologi, dan kawasan sensitif alam sekitar.


  1. Perlindungan hak Orang Asli juga merupakan salah satu elemen yang diberi keutamaan dalam proses laporan EIA. Dalam kajian EIA, kawasan kajian hendaklah meliputi keluasan dengan radius 5 km di luar kawasan perlombongan bagi memastikan kepentingan dan hak Orang Asli di kawasan terlibat diambil kira.


  1. Dalam usaha penyesuaian pendekatan perlombongan Kanada, Kementerian akan terus mengkaji amalan terbaik yang diguna pakai terutamanya dalam melindungi hak Orang Asli. Pada masa ini, Kementerian sedang dalam rangka untuk menyertai beberapa platform piawaian perlombongan berkelas dunia seperti program Towards Sustainable Mining (TSM) dan The Initiative for Responsible Mining Initiative (IRMA) melalui kerjasama antarabangsa sedia ada termasuk dengan pihak Kerajaan Kanada.

  2. Di samping itu, berdasarkan kerjasama tersebut, Kementerian akan mempertimbang pendekatan-pendekatan yang bersesuaian dan sekiranya relevan boleh disesuaikan dan diterapkan di Malaysia demi memastikan pengekstrakan REE dan mineral lain dilakukan secara lestari dan bertanggungjawab. Sekian, terima kasih.


Attachments