Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

04 March 2026

Tahun Persidangan

2026

Kategori

Ukur dan Pemetaan

Nombor Soalan

21

Soalan

Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah sudah wujud penyelesaian kepada isu 800 orang ahli geospatial yang berisiko kehilangan pekerjaan akibat pelaksanaan pindaan Akta 458 pada tahun 2024.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Kerajaan mengambil maklum perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Namun begitu, pada masa ini Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024 atau Akta A1730 sedang dalam proses mahkamah berikutan terdapat satu kes semakan kehakiman yang telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


  1. Memandangkan isu berkaitan impak pekerjaan dan kesahan Akta ini adalah intipati utama yang sedang dipertimbangkan oleh mahkamah, sebarang perbincangan lanjut mengenainya adalah bersifat subjudis. Sehubungan itu, bagi menghormati proses mahkamah, tiada sebarang kenyataan lanjut dapat diberikan sehingga kes semakan kehakiman tersebut selesai.


Sekian, terima kasih.



Attachments