Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

02 March 2026

Tahun Persidangan

2026

Kategori

Biodiversiti, PERHILITAN

Nombor Soalan

52

Soalan

Senator Tuan Niran Tan Kran minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah inisiatif jangka panjang Kementerian bagi menangani ancaman keselamatan di taman perumahan akibat populasi monyet yang semakin meningkat dengan cepat.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara punca utama yang menyumbang kepada konflik manusia dan kera ini berlaku adalah disebabkan oleh pengecilan habitat dan pembukaan serta pembangunan di kawasan berdekatan habitat hidupan liar. Selain itu juga, pengurusan sisa sampah yang kurang sistematik turut menyumbang kepada peningkatan aduan konflik di penempatan penduduk. Kadar pembiakan spesies primate yang tinggi juga menyebabkan populasi hidupan liar ini bertambah setiap tahun. Di samping itu, tindakan segelintir masyarakat yang memberi makanan kepada primat ini juga menjadi faktor yang menggalakkan berlakunya konflik antara manusia dan kera.


  1. Antara inisiatif jangka panjang yang dilaksanakan oleh Kementerian melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia bagi menangani ancaman keselamatan di taman perumahan akibat populasi monyet yang semakin meningkat dengan cepat adalah seperti berikut:


  1. Mengemas kini dan melaksanakan Pelan Pengurusan Kera (Macaca fascicularis) Bermasalah di Semenanjung Malaysia sebagai panduan dalam mengatasi masalah gangguan kera termasuklah mengenal pasti taburan populasi kera, memberikan khidmat nasihat, pemantauan, menangkap-pindah dan penggunaan teknologi terkini menjalankan kajian bagi menguruskan kera yang bermasalah;


  1. menjalankan penyelidikan dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam pelaksanaan kajian Penghasilan Kaedah Kontraseptif Tidak Invasif sebagai Alternatif untuk Kawalan Populasi Kera (Macaca fascicularis) untuk mengkaji penggunaan hormon kontraseptif melalui makanan tiruan yang merupakan alternatif yang boleh digunakan dalam pengurusan hidupan liar dan berpotensi mengawal populasi kera;program penakaian kera di kawasan yang berisiko konflik manusia dan hidupan liar; dan

  2. mengadakan pelbagai kaedah hebahan melalui kenyataan media sosial, video pendek, poster dan papan tanda bagi meningkatkan kesedaran kepada rakyat. Ini termasuklah mengadakan program kesedaran awam ke arah keselamatan, kewujudan bersama (co-existence) dan kesedaran “tidak memberi makan kepada kera liar” bersama penduduk setempat dan pemegang taruh supaya sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling dan kehadiran hidupan liar;


  1. Selain itu, penyelesaian jangka pendek bagi aduan konflik turut dilaksanakan melalui pengurusan spesies primat bermasalah melalui:


  1. program bersepadu dengan agensi seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan penduduk kampung untuk melaksanakan program pelupusan kera bagi membasmi musuh tanaman;


  1. khidmat nasihat kepada penduduk setempat dan pemegang taruh untuk mengambil langkah sewajarnya bagi mengelakkan gangguan dan kehadiran hidupan liar konflik di kawasan penempatan dan industri;


  1. program perangkap komuniti di mana setiap kawasan Dewan Undangan Negeri akan menyumbangkan perangkap kera untuk menangkap kera yang menimbulkan konflik; dan


  1. hebahan melalui kenyataan media sosial, video pendek, poster dan papan tanda bagi meningkatkan kesedaran kepada rakyat. Ini termasuklah mengadakan program kesedaran awam ke arah keselamatan, kewujudan bersama (co-existence) dan kesedaran “tidak memberi makan kepada kera liar” bersama penduduk setempat dan pemegang taruh supaya sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling dan kehadiran hidupan liar.


Sekian, terima kasih.



Attachments