Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Negara | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 5 | Sesi | Mesyuarat Pertama | Tarikh Persidangan | 02 March 2026 | Tahun Persidangan | 2026 | Kategori | Alam Sekitar | Nombor Soalan | 19 | Soalan | Senator Dato' Shamsuddin bin Haji Abd Ghaffar minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah langkah penambahbaikan dalam kawal selia dan penguatkuasaan yang sedang dilaksanakan bagi memastikan Malaysia tidak lagi menjadi destinasi pembuangan sisa elektronik dari luar negara, serta bagaimanakah Kementerian memperkukuh integriti sistem kelulusan, pemantauan import dan tindakan terhadap sindiket yang terlibat.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Malaysia merupakan negara yang telah meratifikasikan Konvensyen Basel mengenai Kawalan Pergerakan Rentas Sempadan Buangan Berbahaya dan Pelupusannya dan Malaysia mempunyai dasar tidak membenarkan pengimportan e-waste.
Kementerian sentiasa komited dalam memperkukuh kawalan terhadap kemasukan e-waste melalui semua pelabuhan di dalam Negara. Justeru, bagi menangani isu pengimportan haram e-waste secara lebih berkesan, antara inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan adalah seperti berikut:
Memperkukuhkan mekanisme penguatkuasaan dan meningkatkan kerjasama dengan semua agensi yang terlibat di pelabuhan termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Pihak Berkuasa Pelabuhan, Agensi Kawalan Sempadan dan Perlindungan (AKPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS);
Meningkatkan kerjasama dengan organisasi antarabangsa termasuk Sekretariat Konvensyen Basel, Asian Network, Enforce, Interpol dan lain-lain dari segi penyaluran maklumat mengenai kapal yang membawa kontena-kontena yang disyaki mengandungi e-waste yang akan masuk melalui pelabuhan di Malaysia;
Pelaksanaan arahan “Do Not Discharge” untuk menghalang kontena mencurigakan mengandungi e-waste daripada diturunkan di pelabuhan sehingga dibuktikan sebaliknya oleh pihak terlibat seperti pengimport, ejen ataupun pihak kapal; dan
Meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi di dalam Negara terutamanya yang melibatkan penguatkuasaan terhadap operasi kilang haram yang menjalankan aktiviti pemprosesan e-waste yang diimport masuk secara haram melalui operasi bersepadu yang melibatkan agensi penguatkuasa.
Malaysia mempunyai dasar tidak membenarkan pengimportan e-waste ke dalam Negara. Oleh yang demikian, isu integriti bagi sistem kelulusan pengimportan e-waste dan pemantauan import e-waste adalah tidak berbangkit dalam konteks ini.
Sekian, terima kasih.
| | Attachments |
|
|