Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Rakyat | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 5 | Sesi | Mesyuarat Pertama | Tarikh Persidangan | 25 February 2026 | Tahun Persidangan | 2026 | Kategori | Alam Sekitar | Nombor Soalan | 37 | Soalan | Puan Yeo Bee Yin [ Puchong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan berapakah jumlah e-waste yang dikutip setiap tahun. Apakah terjadi dengan e-waste yang tidak dikutip: apakah jumlah kapasiti pemprosesan fasiliti Full dan Partial Recovery. Berapakah sisa berjadual yang dihasilkan oleh fasiliti-fasiliti ini; dan jelaskan jurang besar antara e-waste dikutip dengan kapasiti pemprosesan. Adakah pengimportan e-waste berlaku? | Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang berusaha untuk meningkatkan kutipan e-waste dalam Negara melalui pelbagai inisiatif seperti berikut:
mengadakan Hari Pengumpulan e-waste pada setiap hari Sabtu terakhir setiap bulan; pelbagai aktiviti pengumpulan e-waste diadakan sempena penganjuran program dan sambutan alam sekitar seperti:
Hari Bumi (Earth Day); Hari Alam Sekitar Sedunia (World Environment Day); Hari Alam Sekitar Negara (HASN); Program komuniti hijau / gotong-royong komuniti; Program kesedaran alam sekitar di sekolah, institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan; dan Program kolaborasi bersama pihak berkuasa tempatan (PBT), pihak industri, NGO serta rakan strategik korporat melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
menubuhkan pusat-pusat pengumpulan e-waste di seluruh Negara; membangunkan laman sesawang e-waste (https://ewaste.doe.gov.my); dan mengadakan program-program kesedaran dan outreach seperti:
Karnival Jom E-Waste; penghasilan video Kartun Animasi Omar Hana bertajuk ‘Mari Kitar Semula E-Waste’ yang memberi fokus kesedaran kepada golongan kanak-kanak; penghasilan video Mat Gajet: Kitar Semula E-Waste dan Apa Sebenarnya E-Waste (e-Sisa)?; penghasilan video mengenai konsep Extended Producer Responsibility (EPR) bagi menerangkan konsep EPR kepada orang awam dalam pelaksanaan Mekanisme Pengurusan E-Waste di Malaysia; dan pertandingan pengumpulan e-waste oleh JAS Negeri.
Berdasarkan rekod JAS, penghasilan e-waste daripada industri dan isi rumah di seluruh Negara bagi tempoh lima (5) tahun adalah seperti di bawah:
E-Waste Industri:
TAHUN | PENGHASILAN E-WASTE INDUSTRI (TAN METRIK) | 2020 | 94,008.90 | 2021 | 85,640.98 | 2022 | 286,205.84 | 2023 | 65,280.14 | 2024 | 55,470.00 |
E-Waste Isi Rumah:
TAHUN | PENGUMPULAN E-WASTE ISI RUMAH (TAN METRIK) | 2020 | 702.20 | 2021 | 2,650.00 | 2022 | 2,657.30 | 2023 | 2,528.78 | 2024 | 2,116.02 |
E-waste yang dihasilkan akan dihantar ke premis yang dilesenkan oleh JAS untuk diproses semula (recovery). Terdapat dua puluh (20) premis Full Recovery e-waste dan seratus lapan (108) premis Partial Recovery yang memproses e-waste di seluruh Negara. Berdasarkan kelulusan lesen, jumlah kapasiti pemprosesan e-waste untuk premis Full Recovery adalah sebanyak 131,004.00 tan metrik/tahun. Manakala untuk premis Partial Recovery adakah sebanyak 280,663.68 tan metrik/tahun. e-waste yang telah diproses pada tahun 2025 adalah sebanyak 7,433.78 tan metrik.
Memang terdapat jurang perbezaan yang agak ketara di antara e-waste yang dijana di dalam Negara berbanding kapasiti pemprosesan yang diluluskan untuk premis Full Recovery dan Partial Recovery. Kapasiti pemprosesan adalah melebihi janaan e-waste dalam Negara.
Malaysia merupakan negara yang telah meratifikasikan Konvensyen Basel mengenai Kawalan Pergerakan Rentas Sempadan Buangan Berbahaya dan Pelupusannya dan pengimportan e-waste tidak dibenarkan masuk sama sekali ke dalam Malaysia. Justeru, ingin ditegaskan bahawa Kementerian melalui JAS tidak pernah memberi apa-apa kelulusan atau membenarkan sebarang pengimportan e-waste sepanjang tempoh ini. Kemasukan e-waste ke dalam Negara adalah dikenal pasti secara haram.
Sekian, terima kasih.
| | Attachments |
|
|