Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

25 February 2026

Tahun Persidangan

2026

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

1

Soalan

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran [ Batu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kementerian akan membenarkan jalan raya yang dibina atas tanah milik Kerajaan dijual atau diserahkan kepada pihak swasta, dan apakah mekanisme untuk memastikan kepentingan rakyat iaitu akses awam tidak disekat.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Kerajaan tidak membenarkan jalan raya awam yang dibina di atas tanah milik Kerajaan dijual atau diserahkan kepada pihak swasta, khususnya jalan utama kerana ia merupakan aset awam dan strategik negara.


Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, penglibatan pihak swasta adalah terhad kepada pengurusan atau penyelenggaraan jalan melalui perjanjian konsesi tanpa menjejaskan pemilikan Kerajaan ke atas tanah atau status jalan tersebut sebagai jalan awam.


Bagi memastikan kepentingan rakyat terus terpelihara dan akses awam tidak disekat sewenang-wenangnya, sebarang penutupan, pelupusan atau perubahan status jalan adalah tertakluk kepada pewartaan serta kelulusan pihak berkuasa berkaitan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133] serta Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 828]. Proses ini melibatkan penelitian oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) serta keperluan penyediaan laluan alternatif yang setara atau lebih baik sekiranya melibatkan akses awam.


Kerajaan kekal komited untuk memastikan setiap keputusan berkaitan rangkaian jalan awam dibuat secara telus dan berimbang untuk memastikan kepentingan rakyat terjamin.

 

Sekian, terima kasih.



Attachments