Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

12 February 2026

Tahun Persidangan

2026

Kategori

Ukur dan Pemetaan

Nombor Soalan

44

Soalan

Puan Hajah Rodziah binti Ismail [ Ampang ] minta MENTERI SUMBER ASLI  DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan bilangan pelan geomatik yang telah didepositkan di JUPEM sepertimana tuntutan Seksyen 14(2) Akta 458: Akta  Juruukur Tanah Berlesen semenjak pindaan pada tahun 2024 sehingga Disember 2025 serta siapa yang meluluskan pelan geomatik ini dan peruntukan seksyen mana kelulusan ini diberi.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pindaan Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958 (Akta A1730) telah dikuatkuasakan pada 23 Oktober 2024. Sejak tarikh tersebut hingga bulan Disember 2025, JUPEM masih belum lagi menerima sebarang pelan ukur geomatik untuk didepositkan.


  1. Di bawah seksyen 15 Akta A1730, kelulusan hanya diwajibkan bagi pelan ukur hakmilik, manakala pelan ukur geomatik tidak memerlukan kelulusan daripada Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan atau mana-mana pegawai yang diberikan kuasa oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan, selaras dengan tafsiran di seksyen 2 akta tersebut.


Sekian, terima kasih.



Attachments