Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

12 February 2026

Tahun Persidangan

2026

Kategori

Perubahan Iklim

Nombor Soalan

30

Soalan

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad [ Simpang Renggam ] minta  MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah  Kementerian bercadang untuk menerbitkan laporan tahunan prestasi DPIN 2.0 kepada Parlimen bagi memastikan sasaran pelepasan sifar bersih 2050 kekal di landasan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Dasar Perubahan Iklim Negara (DPIN 2.0) yang telah diluluskan Kerajaan pada 25 September 2024, menetapkan hala tuju dan rangka kerja bagi membolehkan Malaysia beralih ke arah ekonomi rendah karbon dan pembangunan berdaya tahan iklim. Melalui strategi dan tindakan yang digariskan di bawah DPIN 2.0, komitmen dan obligasi negara di bawah Perjanjian Paris dapat dilaksanakan dengan efektif, termasuk mencapai pelepasan gas rumah kaca (GHG) sifar bersih menjelang 2050 (Net Zero 2050). DPIN 2.0 ini juga berfungsi sebagai kerangka tadbir urus iklim secara menyeluruh dan merupakan dasar kepada penggubalan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN). 


  1. Buat masa ini, Kementerian tiada cadangan bagi menerbitkan laporan tahunan prestasi DPIN 2.0. Hal ini memandangkan RUUPIN akan menjadi instrumen perundangan kepada mekanisme pelaporan mandatori dan ketelusan data iklim negara yang lebih komprehensif. Apabila diwartakan kelak, RUUPIN bakal menetapkan keperluan perundangan bagi penyediaan laporan berkala yang lebih berstruktur, termasuk pemantauan inventori gas rumah kaca (GHG) dan penilaian prestasi mitigasi serta adaptasi perubahan iklim secara bersepadu di peringkat nasional. 


  1. Dengan berkuatkuasa RUUPIN kelak, melalui mekanisme pelaporan yang diwajibkan kepada industri yang tertakluk di bawah Sektor Ekonomi Berjadual (Scheduled Economic Sector), aspirasi negara bagi memastikan aspirasi pelepasan GHG sifar bersih menjelang tahun 2050 dapat dipantau secara sistematik, diukur dengan tepat dan dicapai melalui tadbir urus iklim yang lebih telus serta berintegriti.


Sekian, terima kasih. 



Attachments