Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

20 January 2026

Tahun Persidangan

2026

Kategori

Biodiversiti, PERHILITAN

Nombor Soalan

19

Soalan

Tuan Nurul Amin bin Hamid [ Padang Terap ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah permohonan membina Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) di Pedu Padang Terap sepanjang 4 km akan dipertimbangkan oleh pihak Kementerian susulan daripada peningkatan gangguan gajar liar di kawasan tersebut.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia sedang dalam usaha membina Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) di Pedu Padang Terap bagi menangani gangguan gajah liar di kawasan tersebut.


  1. Permohonan bagi peruntukan Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) bagi tahun 2026 telah dikemukakan kepada Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Kedah pada 1 Disember 2025 bagi pelaksanaan program berkaitan aktiviti pemuliharaan biodiversiti di Negeri Kedah dengan anggaran sebanyak RM3.74 juta.


  1. Permohonan ini merangkumi program mitigasi konflik manusia dan gajah dalam komuniti yang melibatkan pembinaan sekurang-kurangnya 2 jajaran baharu Sistem Pagar Elektrik Gajah Komuniti (SPEGKOM) di Daerah Padang Terap dan Baling dalam tempoh 12 bulan dengan anggaran kos program sebanyak RM100,000.00. 


  1. SPEGKOM merupakan suatu program yang melibatkan penduduk kampung, komuniti setempat atau pihak berkepentingan untuk bersama-sama melaksanakan pemantauan dalam pengurusan SPEG bagi mengatasi gangguan gajah liar yang memasuki kawasan komuniti. 


  1. Sebanyak 4 SPEGKOM telah dibina bermula tahun 2019 hingga 2021 dengan jumlah jarak 16.75 km di Daerah Sik dan Baling, Kedah.


Sekian, terima kasih.



Attachments