Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

29 January 2026

Tahun Persidangan

2026

Kategori

Perubahan Iklim

Nombor Soalan

33

Soalan

Tuan Wong Chen [ Subang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan perkembangan terkini dan garis masa yang dirancang untuk penggubalan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim.



Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) kini sedang dalam semakan Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi memastikan ia selaras dengan hasrat Kerajaan seperti penetapan dasar RUUPIN yang telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 11 Jun 2025. Kementerian ini berhasrat untuk membentangkan Memorandum Jemaah Menteri pada sekitar bulan Februari 2026 bagi memperoleh persetujuan untuk RUUPIN dibentangkan di Parlimen untuk Bacaan Pertama semasa Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas dalam bulan Mac 2026. 


Sekian, terima kasih.



Attachments