Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

15 December 2025

Tahun Persidangan

2025

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

33

Soalan

Senator Tuan Haji Hussin bin Ismail minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan berapakah keluasan sebenar baki terkini Tanah Rizab Melayu (TRM) mengikut negeri di Semenanjung Malaysia berbanding dengan keluasan yang diperuntukkan semasa pengisytiharan kemerdekaan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Data rasmi berkaitan Tanah Rizab Melayu (TRM) yang diperoleh oleh Kementerian melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) adalah bermula pada tahun 1947, iaitu sebelum kemerdekaan negara dengan jumlah keluasan sebanyak 2,422,720 hektar.


Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Pihak Berkuasa Negeri masing-masing, jumlah keluasan TRM sehingga 31 Disember 2024 adalah sebanyak 4,956,639.26 hektar. Data ini merangkumi semua negeri di Semenanjung Malaysia, kecuali Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai Enakmen Rizab Melayu.

Keluasan TRM mengikut negeri (setakat 31 Disember 2024) adalah seperti berikut:

BIL.

NEGERI (TERMASUK WILAYAH PERSEKUTUAN)

KELUASAN TRM (HEKTAR)

1.    

Perlis

33,554.48

2.    

Kedah

809,142.22

3.    

Perak

953,212.43

4.    

Selangor

164,743.96

5.    

Kuala Lumpur

1,003.56

6.    

Negeri Sembilan

224,483.22

7.    

Johor

561,802.60

8.    

Pahang

444,074.90

9.    

Kelantan

1,361,114.00

10.    

Terengganu

 

(i)  Tanah Rizab Melayu    

2,378.89

(ii) Tanah Pegangan Melayu

401,129.00

 

JUMLAH KELUASAN

4,956,639.26

Sekian, terima kasih.



Attachments