Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

08 December 2025

Tahun Persidangan

2025

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

33

Soalan

Senator Tuan Che Alias bin Hamid minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan bilakah tempoh larangan (moratorium) terhadap import teknologi pelupusan sisa elektronik dari luar negara akan berakhir atau ditamatkan secara rasmi memandangkan status moratorium itu masih belum jelas.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah membuat semakan dan mendapati bahawa tiada larangan (moratorium) dikeluarkan oleh mana-mana Agensi Kerajaan terhadap larangan import teknologi pelupusan sisa elektronik dari luar Negara. Setakat ini kementerian hanya menetapkan dasar mengenai larangan import e-waste ke Negara ini.


  1. Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini Dasar Malaysia adalah tidak membenarkan sebarang kemasukan e-waste untuk diproses di Negara ini. Malaysia adalah Negara yang telah menandatangani Konvensyen Basel yang melarang sebarang pengimportan buangan terjadual seperti e-waste tanpa kelulusan daripada Ketua Pengarah Alam Sekitar.


  1. Kementerian sentiasa terbuka dan menggalakkan mana-mana pelabur atau penggerak projek yang ingin menjalankan aktiviti pemprosesan atau pengitaran semula e-waste dengan menggunakan teknologi pelupusan dari luar negara. Namun begitu, mana-mana pihak yang berminat untuk menjalankan proses pemerolehan kembali di luar tapak hendaklah mematuhi keperluan yang ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) iaitu:

  1. Mengemukakan laporan mengenai kesan kepada alam sekeliling (EIA) di bawah Seksyen 34A, AKAS 1974;

  2. Mendapat kebenaran bertulis di bawah Seksyen 19, AKAS 1974;

  3. Mempunyai lesen di bawah Seksyen 18, AKAS 1974; dan

  4. Mematuhi kehendak Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual), 2005.


Sekian, terima kasih. 



Attachments