Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

03 December 2025

Tahun Persidangan

2025

Kategori

Biodiversiti

Nombor Soalan

29

Soalan

Senator Tuan Roderick Wong Siew Lead minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah langkah-langkah yang sedang dan akan diambil oleh Kerajaan untuk mengawal populasi buaya yang semakin meningkat di Sarawak, terutamanya di kawasan sungai dan penempatan yang telah mengancam keselamatan nyawa penduduk.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Kerajaan terus komited dalam memastikan pengurusan populasi buaya dilaksanakan secara berkesan, berasaskan sains dan berpaksikan keselamatan rakyat. Pendekatan ini dilaksanakan secara bersepadu, melibatkan kerjasama pelbagai agensi, komuniti setempat serta kepakaran tempatan dan antarabangsa.


  1. Bagi menangani cabaran ini, Kerajaan Sarawak melalui Sarawak Forestry Corporation (SFC) telah melaksanakan pelbagai pendekatan strategik dan bersepadu seperti berikut:


  1. Menurunkan status buaya muara ke Appendix II CITES bagi membolehkan perdagangan secara terkawal dan membuka peluang ekonomi kepada komuniti setempat.


  1. Menjalankan operasi menangkap dan mengeluarkan buaya agresif atau crocs removal di kawasan hotspot berhampiran penempatan manusia. Sebanyak 102 ekor buaya telah dikeluarkan pada tahun 2025 dan 19 Crocodile Removal Zones (CRZ) telah diwujudkan.


  1. Mempergiatkan pendidikan dan kesedaran awam melalui pelaksanaan Program 3M (Mengenal, Memahami dan Memulihara Buaya). 


  1. Memasang 328 papan tanda amaran buaya di lokasi strategik di seluruh negeri.


  1. Membangunkan aplikasi Sarawak Croc Watch untuk memudahkan orang awam membuat laporan penemuan buaya dan mendapatkan maklumat keselamatan. 


  1. Menubuhkan Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) turut membolehkan tindakan segera diambil terhadap laporan kehadiran buaya.


  1. Menubuhkan Inter-Agency Human–Crocodile Conflict (HCC) Task Force di setiap bahagian bagi menyelaras kerjasama agensi kerajaan dan komuniti dalam menangani konflik manusia–buaya.


  1. Sebagai langkah jangka panjang, SFC sedang membangunkan Pelan Komprehensif Pengurusan Buaya Sarawak yang baharu sebagai kesinambungan kepada pelan terdahulu yang diperkenalkan pada tahun 2016 yang bermatlamat untuk memelihara habitat dan kawasan perlindungan buaya, memastikan keselamatan komuniti sebagai keutamaan, serta meningkatkan manfaat ekonomi melalui mekanisme penggunaan lestari.


  1. Kerajaan Sarawak juga merancang untuk menubuhkan Santuari Buaya dan sedang memperkukuh kerangka perundangan melalui penyediaan Peraturan-Peraturan Pengurusan Buaya (Crocodile Rules) yang baharu bagi memastikan kawal selia pengurusan buaya dapat dijalankan dengan lebih teratur dan berkesan.


Sekian, terima kasih. 



Attachments