Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Negara | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 4 | Sesi | Mesyuarat Ketiga | Tarikh Persidangan | 01 December 2025 | Tahun Persidangan | 2025 | Kategori | Tanah | Nombor Soalan | 64 | Soalan | Senator Dato' Leong Ngah Ngah minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah perancangan Kerajaan Persekutuan untuk memajukan tanah terbiar bagi meningkatkan produktiviti serta menjana pulangan ekonomi yang menguntungkan negara, khususnya kepada pemilik tanah, memandangkan terdapat kira-kira 104,000 hektar tanah terbiar di seluruh Malaysia, termasuk 29,392 hektar di negeri Pahang sahaja.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) telah melaksanakan beberapa kaedah bagi membolehkan Kerajaan Persekutuan menggunakan tanah-tanah Kerajaan Persekutuan dengan lebih optimum. Melalui kaedah tersebut, tanah-tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) yang dianggarkan berkeluasan 3,483.05 hektar yang terbiar/tidak dibangunkan akan menjana hasil tambahan melalui urusan penyewaan, pajakan atau pelupusan melalui penjualan/pelepasan/serah balik kepada Pihak Berkuasa Negeri berdasarkan Perkara 85 dan 86 Perlembagaan Persekutuan.
Kerajaan Persekutuan mengambil maklum bahawa dianggarkan 104,000 hektar tanah terbiar di seluruh Malaysia, termasuk 29,392 hektar di negeri Pahang. Bagi tanah milik persendirian yang dikenal pasti sebagai tanah terbiar, keputusan untuk membangunkan atau memanfaatkan tanah tersebut adalah tertakluk sepenuhnya kepada pemilik tanah berkenaan. Walau bagaimanapun, sebarang perancangan atau cadangan pembangunan hendaklah dirujuk kepada kategori kegunaan tanah dan syarat nyata yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Ini termasuk keperluan mematuhi had guna tanah, aktiviti yang dibenarkan, serta apa-apa syarat tambahan yang digariskan di bawah undang-undang tanah sedia ada. Kerajaan hanya dapat bertindak sebagai pemudahcara dengan menyediakan panduan, sokongan teknikal dan fasilitasi yang bersesuaian, manakala pelaksanaan pembangunan kekal di bawah tanggungjawab pemilik tanah.
Sekian, terima kasih.
| | Attachments |
|
|