Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

01 December 2025

Tahun Persidangan

2025

Kategori

Tanah, Ukur dan Pemetaan

Nombor Soalan

54

Soalan

Senator Dato' Shamsuddin bin Haji Abd Ghaffar minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan sejauh mana Kementerian telah menggunakan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) dalam mempercepat urusan pengurusan tanah Kerajaan, termasuk penilaian permohonan, pemetaan digital dan pengesanan pencerobohan tanah secara masa nyata, bagi meningkatkan kecekapan serta ketelusan pentadbiran tanah negara.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) sedang memperkukuh penggunaan teknologi digital bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran tanah negara. Pada masa ini, melalui JKPTG, pelaksanaan sistem e-Tanah sedang dilaksanakan secara berfasa di negeri-negeri dan Sistem MyLand untuk pentadbiran tanah Persekutuan bagi mengintegrasikan maklumat tanah secara digital, semakan data berpusat serta proses penilaian permohonan secara lebih teratur dan telus.


  1. Bagi teknologi kecerdasan buatan (AI), JKPTG sedang dalam fasa penyediaan kerangka pelaksanaan melalui Pelan Perancangan Strategik Pendigitalan (PSP) 2026-2030. Pendekatan ini merangkumi pembangunan analitik pintar untuk membantu penilaian permohonan tanah, pengesanan pencerobohan secara hampir masa nyata serta automasi proses bagi mempercepat keputusan berkaitan urusan pentadbiran tanah kerajaan.


  1. Melalui Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pula, teknologi AI digunapakai dalam membantu mempercepat dan meningkatkan ketepatan pemetaan melalui pemprosesan data Unmanned Aircraft System (UAS), Light Detection and Ranging (LiDAR), fotogrametri dan imej satelit secara automatik. Penggunaan algoritma Change Detection pula membolehkan perubahan guna tanah dikesan dengan segera. Ini mempercepat pengemaskinian data geospatial serta meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat bagi urusan pentadbiran tanah.


  1. Justeru, Kementerian komited memperluas penggunaan teknologi digital dan AI secara berperingkat bagi memastikan pengurusan tanah yang lebih cekap, telus dan responsif.


Sekian, terima kasih.



Attachments