Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

01 December 2025

Tahun Persidangan

2025

Kategori

Perubahan Iklim, Perhutanan

Nombor Soalan

45

Soalan

Senator Tuan Abun Sui Anyit minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah-langkah melindungi kawasan hutan Nilai Pemulihan Tinggi atau High Conservation Value (HCV) dan Simpanan Karbon Tinggi atau High Carbon Stock (HCS) di Sarawak.



Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Sarawak merupakan salah satu wilayah di Malaysia yang kaya dengan biodiversiti meliputi hutan hujan, hutan bakau, sungai, paya gambut dan kawasan pesisir. Litupan hutan di Sarawak dianggarkan sekitar 61.52 peratus atau 7.64 juta hektar daripada keseluruhan keluasan negeri.


  1. Bagi melindungi kawasan hutan Nilai Pemulihan Tinggi atau High Conservation Value (HCV) dan Simpanan Karbon Tinggi atau High Carbon Stock (HCS) di Sarawak, beberapa langkah telah diambil oleh Kerajaan Sarawak dan Jabatan Hutan Sarawak, antaranya termasuklah:


  1. Kerajaan Sarawak telah mewajibkan pensijilan pengurusan hutan bagi semua lesen pembalakan jangka panjang. Pematuhan terhadap pengurusan kawasan HCV menjadi komponen utama bagi memastikan kepentingan alam sekitar dan sosial terpelihara selaras dengan keperluan standard piawaian pensijilan pengurusan hutan; 


  1. Kawasan HCV seperti zon penampan, cerun tinggi, habitat hidupan liar, kawasan tadahan air dan tapak budaya komuniti dikenal pasti, direkodkan, dipantau dan diurus sebagai Zon Perlindungan walaupun terletak di dalam kawasan lesen pembalakan;


  1. Melaksanakan kaedah pembalakan berimpak rendah, pemantauan berkala serta audit dalaman dan audit pihak ketiga untuk memperkasa pemeliharaan kawasan atau elemen yang mempunyai nilai konservasi tinggi ini; dan


  1. Melaksanakan program pemuliharaan hutan melalui Greening Sarawak Campaign dengan lebih 55 juta pokok ditanam, termasuk penanaman pengayaan di kawasan pengeluaran yang secara tidak langsung meningkatkan simpanan karbon.


  1. Kementerian telah menerbitkan Garis Panduan Bagi Pasaran Karbon Sukarela Sektor Hutan sebagai rujukan mudah kepada pihak Kerajaan Negeri yang ingin menjalankan projek karbon hutan bagi maksud mengekalkan, meningkatkan dan memulihara kawasan hutan High Conservation Value dan High Carbon Stock.


  1. Selain daripada itu, pihak Kerajaan Negeri Sarawak juga telah menguatkuasakan Peraturan Hutan (Aktiviti Karbon Hutan) 2022 untuk mengawalselia aktiviti projek karbon hutan yang dibangunkan dan dilaksanakan di Sarawak. Inisiatif projek karbon hutan ini bukan sahaja bagi menyokong usaha mitigasi perubahan iklim, malah kritikal ke arah menjana hasil yang diperlukan untuk menampung kos pengurusan dan pelaksanaan aktiviti pengekalan dan pemuliharaan kawasan berhutan di negeri Sarawak.


Sekian, terima kasih.



Attachments