Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Negara | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 4 | Sesi | Mesyuarat Ketiga | Tarikh Persidangan | 01 December 2025 | Tahun Persidangan | 2025 | Kategori | Biodiversiti, Perhutanan | Nombor Soalan | 30 | Soalan | Senator Tuan Amir bin Md Ghazali minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan bagaimana Kerajaan mengimbangi keperluan pembangunan ekonomi dengan tanggungjawab terhadap kelestarian biodiversiti, khususnya di kawasan hutan simpan dan ekosistem pesisir pantai.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) komited dalam mengimbangi keperluan pembangunan ekonomi di samping memelihara kelestarian biodiversiti di kawasan hutan simpanan kekal (HSK) dan ekosistem pesisir pantai di Malaysia. Antara usaha yang sedang dan telah dilaksanakan adalah seperti berikut:
melancarkan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) 2022-2030 pada 24 Oktober 2023 sebagai dokumen utama bagi hala tuju dan rangka kerja pengurusan biodiversiti di peringkat kebangsaan. DKBK 2022-2030 telah disemak semula agar selari dengan Kunming-Montreal Global Biodiversity Framework (KMGBF) selain turut mengambil kira keadaan, keutamaan dan keupayaan negara;
menyediakan insentif kewangan bagi konservasi biodiversiti dan hutan (Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation - EFT) yang dilaksanakan sejak tahun 2019. Insentif ini diberi kepada Kerajaan-kerajaan Negeri bagi melindungi kawasan-kawasan daratan, air daratan, pesisir pantai dan marin yang diwartakan dan diuruskan bagi tujuan konservasi seperti kawasan HSK, Kawasan Perlindungan, Rizab Hidupan Liar (RHL), kawasan perlindungan marin, Kawasan Sensitif Alam Sekitar, kawasan berkepentingan antarabangsa dan ekosistem yang mudah terjejas. Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM800 juta bagi tempoh 2019 hingga 2025 dan sejumlah RM250 juta diperuntukkan melalui Belanjawan 2026;
mempergiat usaha ke arah mewartakan HSK, Kawasan Perlindungan serta pewartaan kawasan cadangan HSK khususnya yang terletak dalam kawasan Central Forest Spine (CFS). Perkara melibatkan pewartaan kawasan cadangan HSK dalam kawasan CFS telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-81; dan
melaksanakan program jangka panjang yang bertujuan memelihara dan memulihara ekosistem hutan paya laut melalui Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara sejak tahun 2005. Sehingga 31 Oktober 2025, seluas 3822 hektar kawasan pesisiran pantai negara telah ditanam dengan 9,032,702 pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai.
Sekian, terima kasih.
| | Attachments |
|
|