Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Rakyat | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 4 | Sesi | Mesyuarat Ketiga | Tarikh Persidangan | 01 December 2025 | Tahun Persidangan | 2025 | Kategori | Mineral | Nombor Soalan | 31 | Soalan | Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [ Merbok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan berapakah jumlah Syarikat yang mendapat hak memproses nadir bumi seperti Lynas dan apakah pelan pengurusan yang disediakan Kementerian untuk mengendalikan bahan sisa buangan syarikat berkenaan.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Pada masa ini, hanya Lynas Malaysia Sdn. Bhd. yang diberi lesen untuk menjalankan aktiviti pemprosesan unsur nadir bumi (REE) di negara ini. Syarikat ini beroperasi di Gebeng, Kuantan, Pahang.
Selain itu, sebuah syarikat lain telah diberikan kelulusan melaksanakan proof of concept (PoC) bagi pemprosesan nadir bumi di Perak. Projek PoC ini merupakan percubaan berskala kecil untuk menilai keberkesanan teknologi, keselamatan operasi dan kaedah pengurusan sisa sebelum dipertimbangkan bagi pelaksanaan secara komersial.
Keseluruhan rantaian aktiviti pemprosesan mineral tersebut termasuk pengurusan sisa tertakluk kepada skim pemprosesan mineral yang disediakan berdasarkan Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Pelesenan) 2016 namun pengurusan sisa yang dikategorikan sebagai bahan buangan terjadual tertakluk kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 manakala sisa buangan yang melibatkan bahan radioaktif tertakluk kepada pelesenan di bawah Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) yang ditadbir oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia).
Sekian, terima kasih.
| | Attachments |
|
|