Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Rakyat | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 4 | Sesi | Mesyuarat Ketiga | Tarikh Persidangan | 25 November 2025 | Tahun Persidangan | 2025 | Kategori | Biodiversiti | Nombor Soalan | 2 | Soalan | Tuan Fathul Huzir bin Ayob [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan status pampasan wajar yang akan diberikan kepada pemilik kebun dan penternak di kawasan Parlimen Gerik yang tanaman dan ternakan mereka dimusnahkan oleh hidupan liar seperti gajah dan harimau.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia mengambil perhatian serius terhadap isu pemilik kebun dan penternak yang mengalami kerugian kemusnahan dan kerosakan tanaman atau ternakan yang disebabkan oleh hidupan liar termasuk di Parlimen Gerik.
Justeru, Kerajaan melalui NRES telah memperkenalkan Inisiatif Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar (BKHT) bermula pada Mac 2024. Skop BKHT adalah bantuan berbentuk kewangan yang diberi secara one-off kepada kumpulan sasar. Pampasan ini diberikan kepada pemilik kebun dan penternak yang mengalami kerosakan atau kemusnahan harta benda dan tanaman akibat serangan hidupan liar tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
Bagi kawasan Parlimen Gerik, sebanyak 36 permohonan lengkap telah diterima dan sebanyak 34 permohonan telah diluluskan pada tahun 2024 dengan jumlah bantuan sebanyak RM155,075.19. Bagi tahun 2025 sehingga bulan September, sebanyak 37 permohonan lengkap telah diterima dan diluluskan dengan jumlah bantuan sebanyak RM186,508.52.
Sekian, terima kasih.
| | Attachments |
|
|