Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

19 November 2025

Tahun Persidangan

2025

Kategori

Biodiversiti

Nombor Soalan

24

Soalan

Tuan Hassan bin Saad [ Baling ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan perkembangan kajian penggunaan kontraseptif oral untuk mengawal populasi kera serta keberkesanan pendekatan ini sebagai langkah pengurusan hidupan liar yang lebih berperikemanusiaan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia telah bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam melaksanakan kajian penghasilan kaedah kontraseptif tidak invasif sebagai alternatif untuk kawalan populasi kera (Macaca fascicularis) pada tahun 2021 bagi tempoh selama 3 tahun. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji dos hormon kontraseptif jenis oral yang efektif bagi kera hidup sebagai suatu langkah pengurusan hidupan liar yang lebih berperikemanusiaan.


  1. Hasil kajian awal mendapati bahawa penggunaan hormon kontraseptif melalui makanan tiruan merupakan salah satu alternatif yang boleh digunakan dalam pengurusan hidupan liar dan berpotensi mengawal populasi kera. Kajian lanjut secara menyeluruh bagi menilai keberkesanan penggunaan teknik yang dicadangkan ini akan dilaksanakan pada tahun 2026 sebelum ia digunakan sebagai kaedah alternatif baharu dalam pengurusan kera.


Sekian, terima kasih.



Attachments