Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

19 November 2025

Tahun Persidangan

2025

Kategori

Perhutanan

Nombor Soalan

19

Soalan

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apakah tindakan Kementerian dalam melindungi kawasan tadahan air di Hutan Simpan Ulu Muda yang menjadi sumber bekalan kepada lebih 4 juta penduduk Kedah, Perlis dan Pulau Pinang dan bagaimana usaha mewujudkan dana tabungan bagi insentif kelestarian pengekalan hutan simpan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri giat melaksanakan usaha pewartaan Hutan Simpanan Kekal (HSK) sebagai Hutan Tadahan Air (HTA) berdasarkan peruntukan Seksyen 10 Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313]. Kawasan ini dikategorikan sebagai hutan perlindungan di mana sebarang aktiviti pengusahasilan hutan dan pembangunan tidak dibenarkan. Sehingga 31 Disember 2023, seluas 971,808.16 hektar kawasan di dalam HSK telah diwartakan sebagai HTA di Semenanjung Malaysia.


  1. Selain itu, Kerajaan Persekutuan melalui NRES turut menyediakan insentif kewangan bagi konservasi biodiversiti dan hutan (Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation – EFT) kepada Kerajaan-kerajaan Negeri yang melaksanakan usaha perlindungan hutan. Bagi tempoh 2019 hingga 2025, Kerajaan Negeri Kedah telah menerima peruntukan EFT berjumlah RM52.98 juta. Peruntukan tersebut diharap dapat membantu mengurangkan beban kewangan Kerajaan Negeri Kedah dalam memelihara kawasan Hutan Simpan Ulu Muda sebagai kawasan hutan tadahan air untuk keperluan rakyat.


  1. Buat masa ini, tiada dasar khusus berhubung pewujudan satu dana tabungan bagi insentif kelestarian pengekalan HSK tertentu kepada Kerajaan-kerajaan Negeri.


Sekian, terima kasih.



Attachments