Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

13 November 2025

Tahun Persidangan

2025

Kategori

Alam Sekitar

Nombor Soalan

17

Soalan

Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan polisi dan tindakan Kerajaan berkenaan dengan pengimportan dan menyeludupan sisa eletrik dan elektronik (e-sisa) ke negara kita.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Selaras dengan komitmen terhadap Konvensyen Basel mengenai Kawalan Pergerakan Rentas Sempadan Buangan Berbahaya dan Pelupusannya, Malaysia telah menetapkan polisi pengimportan dan pengeksportan buangan terjadual termasuk e-waste adalah seperti berikut:

  1. Pengimportan dan pengeksportan buangan terjadual termasuk e-waste bagi tujuan pelupusan adalah dilarang; dan

  2. Pengimportan buangan terjadual termasuk e-waste oleh premis kemudahan pemerolehan kembali buangan terjadual adalah tidak dibenarkan. Premis ini dilesenkan bagi tujuan untuk mengurus dan memproses buangan terjadual yang dijana di dalam Negara sahaja.


  1. Kementerian terus komited mengawal kemasukan e-waste melalui pelaksanaan seperti berikut:

  1. Memperkukuhkan mekanisme penguatkuasaan dan meningkatkan kerjasama oleh semua agensi yang terlibat di pelabuhan termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Pihak Berkuasa Pelabuhan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM);

  2. Meningkatkan kerjasama dengan organisasi antarabangsa termasuk Sekretariat Konvensyen Basel, Asian Network, ENFORCE, Interpol dan lain-lain daripada segi penyaluran maklumat mengenai kapal yang membawa kontena-kontena yang disyaki mengandungi e-waste, yang akan masuk melalui pelabuhan;

  3. Menguatkuasakan larangan bagi mana-mana kontena yang disyaki mengandungi e-waste diturunkan daripada kapal (discharge), sehingga dibuktikan sebaliknya oleh pihak terlibat seperti pengimport, ejen ataupun pihak kapal; dan

  4. Meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi di dalam Negara secara bersepadu terutamanya yang melibatkan penguatkuasaan terhadap operasi kilang haram yang menjalankan aktiviti pemprosesan e-waste yang diimport. Agensi yang terlibat adalah seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Pejabat Tanah dan Daerah, Badan Kawal Selia Air Negeri, Syarikat Bekalan Air, Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). 


Sekian, terima kasih.



Attachments