Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Rakyat | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 4 | Sesi | Mesyuarat Ketiga | Tarikh Persidangan | 10 November 2025 | Tahun Persidangan | 2025 | Kategori | Biodiversiti | Nombor Soalan | 16 | Soalan | Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib [ Parit ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan langkah strategik Kementerian mengatasi masalah musuh tanaman, khususnya serangan monyet dan khinzir hutan termasuk kawalan populasi, teknologi moden serta kerjasama pihak berkuasa tempatan.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia telah melaksanakan beberapa tindakan bagi mengatasi masalah konflik hidupan liar khususnya kera dan babi hutan seperti berikut:
program penakaian kera dan babi hutan di kawasan yang berisiko konflik manusia dan hidupan liar; menjalankan program bersepadu dengan agensi seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk kampung bagi membasmi musuh tanaman termasuk kera dan babi hutan; pemantauan kehadiran dan pergerakan hidupan liar seperti gajah di sempadan kawasan perlindungan yang menjadi habitat hidupan liar dengan menggunakan teknologi Unmanned Aerial Vehicle (UAV) dron; dan penggunaan sistem Geographic Information System (GIS) bagi mengenal pasti status habitat dan kawasan hotspot konflik hidupan liar bagi perancangan aktiviti mitigasi konflik hidupan liar.
Selain itu, program kesedaran awam dan sesi libat urus dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pemegang taruh yang terlibat dalam pengurusan konflik hidupan liar dilaksanakan secara berterusan. Antara program yang dilaksanakan dengan komuniti setempat adalah Program Perangkap Komuniti.
Sekian, terima kasih.
| | Attachments |
|
|