Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 4

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

29 October 2025

Tahun Persidangan

2025

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

15

Soalan

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan adakah Kementerian bercadang meminda Akta Pengambilan Tanah 1960 dengan pindaan terkini 2021 memandangkan masih wujud kelemahan dalam aspek perlindungan rakyat, termasuk tafsiran 'kepentingan awam' yang terlalu luas, kelewatan bayaran pampasan yang menjejaskan pemilik tanah serta ruang rayuan yang terbatas.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486] telah berkuat kuasa mulai 13 Oktober 1960 bertujuan untuk menyeragamkan undang-undang berkaitan pengambilan tanah, penilaian terhadap pampasan pengambilan tanah dan menyokong pembangunan negara melalui penyediaan tapak untuk tujuan projek-projek awam. 


Selaras dengan keperluan semasa dan isu-isu tuntutan mahkamah, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) telah mengambil langkah untuk membuat penambahbaikan ke atas tatakelola dan prosedur pengambilan tanah. JKPTG juga dalam tindakan meneliti pindaan-pindaan ke atas Akta 486 yang melibatkan award pampasan, isu-isu pengeluaran hak milik sambungan dan pembaharuan prosedur bagi rujukan ke mahkamah. 


Cadangan penambahbaikan ini juga akan memberi fokus kepada bayaran pampasan yang setimpal, pengambilan tanah yang memberi manfaat kepada rakyat serta ruang untuk tuntutan pampasan di mahkamah. 


Sekian, terima kasih.

Attachments