Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Rakyat | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 4 | Sesi | Mesyuarat Ketiga | Tarikh Persidangan | 23 October 2025 | Tahun Persidangan | 2025 | Kategori | Alam Sekitar | Nombor Soalan | 37 | Soalan | Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan cara dan tindakan yang sedang dan akan diambil untuk melupuskan sisa elektrik dan elektronik (e-sisa) dalam negara kita.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
E- sisa (e-waste) atau sisa elektrik dan elektronik adalah dikelaskan di bawah kod SW 110 di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974).
Pelupusan e-sisa ini merupakan aktiviti yang perlu diuruskan secara teliti tanpa membawa sebarang kesan negatif kepada alam sekitar dan kehidupan.
Di Malaysia terdapat dua puluh (20) buah fasiliti kemudahan pemerolehan kembali luar tapak sepenuhnya (Full Recovery Facility) bagi kod SW 110. Manakala sebanyak seratus lapan (108) premis yang menjalankan aktiviti Partial Recovery E-Waste di seluruh Negara.
Sehingga kini, teknologi pemerolehan kembali yang wujud di Malaysia bagi sisa elektronik (SW 110) boleh menghasilkan logam yang bernilai tinggi serta beberapa produk akhir lain. Antaranya adalah seperti berikut:
Precious Metal seperti emas dan perak; Ferrous Metal seperti besi; Non-Ferrous Metal seperti aluminium dan kuprum; Plastik; dan Ceramic.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, aktiviti pemerolehan kembali bagi sisa elektronik adalah satu inisiatif yang baik seiring dengan konsep ‘Ekonomi Kitaran’ bagi mengurangkan sisa dibuang ke alam sekitar dan seterusnya dapat mengurangkan impak pencemaran. Selain itu, ia juga boleh menjana pendapatan kepada industri dan juga kepada Negara khususnya. Manakala baki sisa yang tidak dapat diproses akan dilupuskan di Kemudahan Tapak Pelupusan Selamat.
Konvensyen Basel Mengenai Kawalan Pergerakan Merentas Sempadan Buangan Berbahaya dan Pelupusannya yang diterima pakai pada 22 Mac 1989 menetapkan supaya kemudahan rawatan dan pelupusan dapat dilakukan secara sistematik di dalam negara dengan menggunakan teknologi bersesuaian secara mesra alam.
Sekian, terima kasih. | | Attachments |
|
|