Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Rakyat | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 4 | Sesi | Mesyuarat Ketiga | Tarikh Persidangan | 15 October 2025 | Tahun Persidangan | 2025 | Kategori | Geosains | Nombor Soalan | 7 | Soalan | Tuan Chiew Choon Man [ Miri ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan apa jenis kaedah dan kerja-kerja fizikal yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan tahap keselamatan cerun di Kampung Lereng Bukit dan Kampung Haji Wahid.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Susulan kejadian bencana geologi tanah runtuh yang berlaku di Kampung Lereng Bukit dan Kampung Haji Wahid yang terletak di Bukit Kanada, Miri pada 28hb Januari dan 29hb Januari 2025, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) sedang menjalankan kajian secara terperinci iaitu penawanan data dengan menggunakan teknologi LiDAR (Light Detection and Ranging) yang dijadualkan siap pada penghujung Oktober ini.
Secara umumnya, tujuan JMG menjalankan kajian ini adalah untuk:
Mengenalpasti sebarang longgokan debris @ puing di sepanjang cerun yang boleh mengakibatkan runtuhan susulan; Menilai tahap ancaman bencana geologi tanah runtuh setiap penempatan di Kampung Lereng Bukit dan Kampung Hajij Wahed. Menilai tahap risiko setiap cerun melalui pemetaan geologi terain, di mana Peta Kesesuaian Pembangunan (Development Suitability Map) akan dibangunkan bagi membantu perancangan pembangunan dan langkah mitigasi.
Hasil kajian ini akan dikongsikan dengan agensi teknikal yang lain bagi tujuan penyelesaian dan mitigasi yang sesuai. Sesi perkongsian dapatan bersama komuniti, agensi berkepentingan dalam pengurusan bencana juga akan dijalankan sejurus kajian ini disiapkan.
Bagi memantau cerun yang berisiko berlaku pergerakan tanah, satu (1) sistem amaran awal (EWS) telah dipasang di cerun Kampung Lereng Bukit. Ia juga bertujuan untuk memberi amaran awal kepada komuniti setempat khususnya Kampung Lereng Bukit dan Kampung Haji Wahed sekiranya berlaku pergerakan tanah terutama semasa hujan lebat yang berterusan.
Ini adalah sebahagian pelan jangka panjang untuk setiap bencana geologi tanah runtuh yang menyebabkan kehilangan nyawa dan juga untuk pihak berwajib mengenalpasti langkah-langkah kawalan seterusnya.
Sekian, terima kasih. | | Attachments |
|
|