Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Rakyat | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 4 | Sesi | Mesyuarat Ketiga | Tarikh Persidangan | 09 October 2025 | Tahun Persidangan | 2025 | Kategori | Tanah | Nombor Soalan | 46 | Soalan | Tuan Chow Kon Yeow [ Batu Kawan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan bentuk perlindungan kepada : pembeli rumah strata apabila pihak pemaju gagal memohon hak milik strata dalam tempoh ditetapkan undang-undang; dan pemilik petak terjejas akibat kegagalan pihak pemaju mengeluarkan hakmilik strata termasuk isu status hakmilik tanah.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Di bawah peruntukan Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318] menyatakan tanggungjawab pemilik asal tanah atau pihak pemaju untuk memohon pecah bahagi bangunan atau tanah.
Selaras dengan Subsekyen 8(1) Akta 318 telah menyatakan secara jelas hal keadaan di mana pemilik asal tanah atau pihak pemaju wajib memohon pecah bahagi bangunan atau tanah dan dalam tempoh masa yang ditetapkan di bawah subseksyen 8(2) dan 8(3) Akta 318.
Bagi melindungi pembeli rumah strata, pemilik asal tanah atau pemaju yang akan gagal memohon pecah bahagi bangunan bagi tujuan pengeluaran hakmilik strata boleh dikenakan denda di bawah subseksyen 8(8) Akta 318 seperti berikut:
denda tidak kurang daripada RM10,000 tetapi tidak lebih daripada RM100,000 atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya; dan bagi kesalahan berterusan, dikenakan denda selanjutnya tidak kurang daripada RM100 tetapi tidak lebih daripada RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.
Akta 318 ini memberi tanggungjawab dan mengenakan tindakan penguatkuasaan ke atas pemaju bagi memastikan pendaftaran hak milik strata untuk menjamin pemilikan ke atas pembeli rumah strata.
Sekian, terima kasih. | | Attachments |
|
|