Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Rakyat | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 4 | Sesi | Mesyuarat Ketiga | Tarikh Persidangan | 09 October 2025 | Tahun Persidangan | 2025 | Kategori | Alam Sekitar | Nombor Soalan | 30 | Soalan | Puan Yeo Bee Yin [ Puchong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan : berapakah jumlah e-waste yang dihasil, dikutip dan dipulih/diguna semula recover/reuse di Malaysia. Berapakah jumlah e-waste yang dihantar ke tapak pelupusan sampah; dan bandingkan dengan jumlah kapasiti pemprosesan e-waste bagi kemudahan yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk pemulihan penuh dan separa masing-masing.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
E-waste atau sisa elektrik dan elektronik adalah dikelaskan di bawah kod SW 110 di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974).
Berdasarkan Laporan Kualiti Alam Sekitar bagi tahun 2024 merekodkan sebanyak 55,470 metrik ton e-waste telah dihasilkan di seluruh Negara. Manakala kapasiti pemprosesan e-waste yang diluluskan kepada premis Full Recovery bagi tahun 2024 sebanyak 131,004 metrik ton. Data ini menunjukkan hanya 42.3% peratus sahaja kapasiti e-waste yang diproses berbanding dengan kapasiti lesen yang dibenarkan.
Berdasarkan rekod bagi tahun 2020 sebanyak 702.2 metrik ton e-waste dapat dikumpulkan, tahun 2021 (2650 metrik ton), tahun 2022 (2657.3 metrik ton) tahun 2023 (2528.78 metrik ton) dan tahun 2024 sebanyak 2116.02 metrik ton berjaya dikumpulkan.
Bagi meningkatkan kuantiti e-waste untuk diproses semula di seluruh Negara, pelbagai kempen kesedaran di kalangan orang awam telah dijalankan. Program kesedaran ini dijalankan bersama dengan agensi kerajaan, swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkaitan. Antaranya program-program kesedaran/promosi yang dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) adalah Hari E-waste yang diadakan setiap tahun misalnya bersama institusi-institusi pendidikan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan masyarakat setempat.
Sekian, terima kasih. | | Attachments |
|
|